ARTIKEL

Karikatur : Ukee

Jangan mudah tergoda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TINGGAL beberapa hari lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pusat beli-belah kini menjadi tumpuan.

Suasana juga begitu sibuk.

Setiap tahun kita dapat lihat trend pembelian akhir sebelum bercuti dan memulakan perjalanan balik kampung menjadi pilihan.

Dari satu kedai ke satu kedai lain, kita akan mencari barangan yang ada diskaun atau potongan harga.

Tidak kurang juga ada dalam kalangan kita memilih untuk membuat pembelian dalam tarian kerana teruja dengan pelbagai tawaran.

Peniaga juga bijak bermain kata-kata dengan menyatakan harga runtuh, harga menjunam dan harga kasih sayang.

Kata-kata ini merupakan tagline yang digunakan untuk menarik perhatian pembeli.

Bagi mereka yang lemah dan mudah tergoda dengan potongan harga ditawarkan, pasti akan terpengaruh untuk membeli, sekali gus menyebabkan berbelanja melebihi kemampuan.

Dalam hal ini, orang ramai perlu fokus kepada keperluan dan tidak mudah terpengaruh dengan taktik promosi jualan murah.

Kebanyakan pengguna terlebih belanja pada musim perayaan disebabkan tidak membuat perancangan rapi perbelanjaan selain mudah dipengaruhi tawaran jualan.

Lebih malang apabila ada antara kita sanggup berhutang menggunakan kad kredit, pinjaman peribadi dan lain-lain.

Bukan kesalahan untuk berbelanja pada musim perayaan, namun biarlah ia berpada-pada dan mengikut kemampuan.

Baca lain  Sarawak nikmati bekalan elektrik lebih murah

Melunaskan bil tertentu dan menetapkan jumlah belanja raya antara yang perlu diberi keutamaan bagi mengelak masalah tidak cukup wang apabila kembali bekerja selepas tamat cuti raya.

Pastikan bil dan ansuran bulanan pinjaman dibayar mengikut jadual bagi mengelakkan tunggakan.

Terdapat segelintir masyarakat yang memilih untuk menangguhkan bayaran hutang untuk berbelanja lebih. Ini akan menjadi bebanan kemudian hari.

Perbelanjaan raya boleh dijangka dan boleh dirancang.

Perancangan awal seperti memperuntukkan sedikit wang simpanan setiap bulan bagi sambutan perayaan juga boleh mengelakkan masalah kewangan sebelum dan selepas lebaran.

Sediakan bajet yang realistik, mulakan dengan memeriksa semua perbelanjaan dan pastikan belanja musim perayaan turut dimasukkan dalam bajet bulanan.

Tetapkan amaun belanja perayaan yang selesa tanpa mengganggu bajet.

Pada masa sama, meskipun perbelanjaan tambahan diperlukan ketika musim perayaan, amalan menabung tidak boleh diabaikan.

Amalan mengasingkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan bulanan untuk menabung wajar diteruskan bagi kegunaan waktu kecemasan ataupun ketika musim perayaan.

Bagi mereka yang menerima bonus raya atau bantuan hari raya, misalnya penjawat awam di negara ini, ia bukan tiket untuk berbelanja lebih kerana keduadua pemberian itu bukan sumber pendapatan tetap, sebaliknya bersifat sementara.

Baca lain  Kerajaan mahu masjid jadi tempat penyatuan masyarakat -- Dr Abdul Rahman

Budaya berbelanja berlebihan tidak kira secara tradisional atau dalam talian harus dikawal untuk kembali kepada prinsip agama yang mengajar kita bersederhana.

Fokus kepada keperluan dan keutamaan.

Jangan lupa untuk menyimpan sebahagian daripada bonus atau insentif yang diterima bagi tujuan kecemasan dan untuk mencapai matlamat kewangan pada masa hadapan.

Orang ramai tidak sepatutnya berhadapan masalah kekurangan bajet atau terlebih belanja memandangkan hari raya disambut setiap tahun.

Ini membolehkan kita membuat perancangan serta persiapan awal termasuk dari aspek simpanan khas musim perayaan tanpa mengharapkan gaji awal.

Kita perlu menyediakan senarai semak yang dapat membantu dalam perbelanjaan berhemah dengan fokus terhadap barang keperluan.

Pada masa sama, ia boleh mengekang pengguna daripada terpengaruh untuk membeli barang mengikut nafsu dan yang bersifat kehendak semata-mata.

Masa menggunakan media sosial boleh dihadkan bagi mengurangkan risiko terpengaruh dengan iklan jualan murah dalam talian.

Tidak semestinya apaapa yang diperagakan model sesuai dengan kita.

Ramai yang merungut apabila barang dibeli tidak seperti dijangka, tidak sesuai dan akhirnya terpaksa membeli yang lain bagi memenuhi cita rasa.

Ini pembaziran.

Jadilah pengguna bijak dengan mendapatkan maklumat terkini mengenai diskaun, pilihan pusat beli-belah dan harga jualan.

Baca lain  Pengundi pegang kad prestasi YB

Jangan membeli barang yang tidak diperlukan hanya kerana harganya murah.

Buatlah perbandingan harga di beberapa kedai dan semak juga jika pembelian dalam talian lebih murah untuk barang sama.

Membeli barang secara tunai mampu mengelak daripada masalah kewangan selepas musim perayaan selain dapat mengehadkan pembelian mengikut bajet yang disediakan.

Bagi yang berbelanja menggunakan kad kredit, pastikan kemampuan untuk membayar balik sepenuhnya bagi mengelak dikenakan faedah.

Kita perlu ingat, perayaan bukan masa untuk membalas dendam dalam berbelanja.

Selepas perayaan, kita akan kembali kepada kehidupan seperti biasa dan memerlukan duit untuk perbelanjaan harian.

Tidak perlu mengikut jiran sebelah yang menukar perabot rumah atau mengubah suai rumah.

Kita sepatutnya berbelanja mengikut poket sendiri dan bukan poket orang lain.

Adalah lebih baik jika kita menabung selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini untuk kegunaan pada sambutan pada tahun akan datang.

Sekurang-kurangnya kita mempunyai wang lebih untuk berbelanja dan bukannya menggunakan bajet selepas raya.

Kita perlu bijak ketika menyambut perayaan, jika barang lama masih elok — tidak salah untuk kita memakainya.

Sebagai contoh baju Melayu, mungkin kita hanya menggunakannya setahun sekali, sudah pasti ia masih elok dan tidak rosak

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Tragedi dunia maya Si Kucing Gendut

FAT Cat, 21, atau nama sebenarnya Liu Jie, selebriti dunia gamer – permainan popular Honour of Kings – namanya tiba-tiba melonjak di dunia maya khususnya

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Sik nyaman jangan makan

DI Sarawak selain agama, budaya dan pakaian – makanan merupakan benda paling sensitif jika orang luar menghina. Bukan orang Sarawak tidak menerima kekurangan, tetapi menghina

Selamat pagi cikgu

ADA yang tertekan kerana tinggal bersama-sama pesakit mental, ada yang daif dan ada yang terpaksa bekerja, demi kelangsungan hidup. Pada suatu hari, salah seorang murid

Langkah ke bilik guru

ORANG kata: Kalau nak hidup senang, jadilah guru. Dan kalau mahu pendapatan yang baik diterima setiap hujung bulan, jadilah guru. Sebab itu, ramai ibu bapa

BERITA TERBARU

Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus – KKM

PUTRAJAYA: Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024,

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier