Trending

Jangan naikkan harga, jaga kualiti makanan 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU: Peniaga bazar Ramadan diingatkan untuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga makanan sepanjang bulan puasa ini.

Sebaliknya, mereka seharusnya menjual makanan dengan harga yang berpatutan, kata ADUN Tanjung Batu Johnny Pang Leong Ming.

Tegasnya, jika harga makanan atau minuman yang dijual terlalu tinggi, ia juga akan menakutkan pelanggan dan menjejaskan perniagaan.

“Bulan Ramadan adalah hari baik dan bulan baik…kita harus bersikap baik hati kepada orang lain (pembeli). Janganlah pula mengeksploitasi bulan Ramadan dengan melambungkan harga makanan.

“Peniaga Bazar Ramadan juga diingatkan supaya menjaga kebersihan persekitaran dan makanan ketika berniaga sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita usai meninjau serta mengagihkan jadual berbuka puasa dan imsak kepada orang ramai di Bazar Ramadan berhadapan Hotel NU, semalam.

Turut menyertai, Pemanca Awang Merais Pengiran Ismail, Ketua Kaum Kampung Assyakirin Fasa 1, Pengiran Hamdan Pengiran Kerta, Ketua Kaum Kampung Assyakirin Fasa 3, Mohidi Drahman, Ketua Kaum Kampung Jabai Johny Jimon serta ahli – ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak(SUPP) Cawangan Bintulu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru