JANGAN berani panggil sayang dengan rakan sekerja kerana boleh dikenakan Tindakan Tatatertib Bengkel Tata Kelola Urusan Tatatertib 2023 itu di bawah kesalahan berhubung kes gangguan seksual dan menjalinkan hubungan sulit.
Panggilan sayang atau dear terhadap rakan sekerja, menghantar mesej berbaur seks merupakan antara kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib terhadap penjawat awam.
Selain itu, penjawat awam yang curang atau menjalinkan hubungan sulit bersama-sama pekerja yang sudah berkahwin turut boleh dikenakan tindakan.
Tindakan seperti menyentuh, memegang, mencabul, mencium, mencubit dan memeluk diklasifikasikan sebagai gangguan seksual fizikal.
Penjawat awam juga dianggap melakukan gangguan seksual visual jika menghantar gambar tidak senonoh serta mesej berbaur seks menerusi platform seperti WhatsApp dan seumpamanya.
Perkara tersebut antara jenis gangguan seksual yang disenaraikan di dalam surat edaran bertarikh 7 April lalu dan dimuat naik menerusi laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Jadi, jangan sesekali cuba melanggar peraturan itu walaupun kita sebenarnya ada hubungan mesra sesama rakan sekerja.
Ketika membuat aduan, mangsa perlu memaklumkan kesan akibat gangguan terbabit secara terperinci seperti menyebabkan fikiran terganggu, perasaan kurang senang, rasa terhina dan sebagainya.
Pada masa yang sama, pekeliling itu turut menyatakan mangsa, semasa membuat laporan, perlu memperincikan apa yang mereka lalui akibat gangguan itu, seperti rasa terhina dan mengalami tekanan emosi atau mental.
Aduan itu juga perlu memasukkan masa, tarikh dan tempat kejadian.
Semua kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Namun cinta itu selalunya buta dan boleh membutakan.
Ia boleh terjadi kepada sesiapa, pada bila-bila masa serta di mana-mana sahaja termasuklah dalam kalangan rakan sekerja.
Mungkin perkara sebegini tidak menjadi satu kehairanan kepada kita kerana sudah terbiasa melihatnya dalam drama televisyen.
Amaran pekeliling itu juga melarang bermain cinta bagi dengan suami atau isteri orang di tempat bekerja. Panggilan netizen sekarang, penyondol di tempat kerja. Curang itu pilihan, bukan takdir.
Namun biasanya, hubungan daripada rakan sekerja jadi sekereta dan boleh menjadi kekasih gelap didorong oleh beberapa faktor.
Antaranya, kerana sering bersama, makan bersama, kerja bersama dan sering berurusan bahu ke bahu menjadikan ia bertukar kepada perasaan sayang.
Pada mula semuanya kelihatan biasa.
Anda kata hubungan profesional sebagai kawan sekerja dan rakan sepejabat.
Apabila ada masalah di pejabat, maka kepada dialah tempat anda mengadu.
Daripada mengadu hal pejabat bertukar kepada mengadu hal peribadi, kemudian menjentik emosi yang akhirnya membuahkan simpati disusuli perasaan kasih.
Anda rasa selesa ke sana dan ke sini bersama dia yang dianggap kawan rapat. Mungkin bagi yang perasaan, ada sesekali rakan sepejabat lain memberi nasihat, yang membawa makna anda berdua sudah terlalu rapat.
Jika sudah mendatangkan serong rakan sepejabat, percayalah anda sudah berada dalam fasa yang tidak sepatutnya. Waktu ini, kita patut mendengar teguran rakan sekerja dan mengambilnya dari sisi profesional.
Jangan terguris, jangan ada yang berasa rakan lain cemburu, bukan – ia adalah untuk kebaikan anda daripada pandangan serong semua orang.
Tidak salah bercinta dengan rakan sekerja, tetapi ia menjadi salah apabila insan yang kita cintai itu suami atau isteri orang.
Tindakan ini juga boleh dikena tindakan berdasarkan pekeliling tersebut. Jangan pula mendakwa tersuka tanpa sengaja.
Tiada apa yang berlaku di dunia ini kebetulan. Setiap perbuatan ada akibatnya, setiap tragedi ada hikmahnya.
Dan, satu-satunya perkara yang tidak tidak boleh dialih oleh sesama manusia adalah hati.
Kita tidak menutup pintu yang rosak tombolnya sama dengan hati manusia.
Kita tidak boleh menutup sara sayang, kasih dan cinta kepada seseorang.
Jika tanya kepada saya, jawapannya, berani tebang berani pikul, pandai makan pandai simpan.
Ini bukan bermakna saya menggalakkan untuk berlaku curang, tidak.
Tetapi apabila anda terlanjur melakukannya, kena berani hadap apa-apa poun hukuman daripada tindakan itu.’
Dalam erti kata yang lebih mudah, bercinta dengan rakan sekerja boleh mendatangkan kesan positif jika kita sama-sama belum berkahwin dan negatifnya apabila kita terjatuh cinta dengan suami atau isteri orang.
Perkara ini juga dipersetujui oleh Art Markman, seorang Profesor Psikologi dari University of Texas, Amerika Syarikat yang berpendapat, masa yang diluangkan di tempat kerja akan jadi punca yang tidak terkawal jika rakan itu orang yang sudah berkahwin.
Manakan tidak, waktu anda berada di tempat kerja sebenarnya jauh lebih banyak berbanding waktu anda berada di tempat yang lain.
Disebabkan itu, kecenderungan untuk anda jatuh hati kepada rakan sekerja juga akan menjadi lebih tinggi kerana selalu berjumpa.
Mungkin juga kerana tersuka tanpa sengaja. Mungkin juga keliru dengan hubungan yang semakin rapat.