ARTIKEL

Jangan panik dan kekal tenang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: ADUN N.46 Meradong, Datuk Ding Koung Hiing menasihatkan semua penduduk di kawasan itu agar jangan panik dan kekal tenang.

Nasihat itu disuarakan oleh beliau dalam ciapan ringkas di laman sosial Facebook rasminya semalam sejurus daerah itu mencatat 36 kes positif baharu Covid-19.

Koung Hiing berkata, semua pihak perlu berjaga-jaga selain mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) di samping menjaga kebersihan dan penjarakan sosial.

“Jika dapat sementara waktu ini, tiada sebarang urusan, sila berada di rumah sahaja dan kebersihan diri sendiri haruslah dijaga pada setiap masa,” ujarnya.

Semalam daerah Meradong mencatat 36 kes positif yang tertinggi di Sarawak mengatasi Sibu 38 kes diikuti Betong (17), Samarahan (13), Kuching (12), Bintulu (lapan), Julau (enam), Subis (enam), Miri (tiga), Saratok, Kanowit, Beluru dan Dalat yang masing-masing satu kes.

Sebanyak 35 kes di Meradong melibatkan Kluster Sungai Bakong manakala satu kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif Covid-19.

Dalam pada itu, seramai 621 individu telah disaring, 73 negatif dan 491 masih menunggu keputusan makmal.

Susulan itu, daerah Meradong bertukar ke status merah setelah sejumlah 67 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

BERITA LAIN

Program Sarjana Muda Undang-Undang UM dilancar di Sarawak

KUCHING: Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat dengan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Swinburne, Sarawak mewujud dan memudahkan

Program vaksinasi haiwan percuma

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak akan menganjurkan program vaksinasi haiwan peliharaan, esok. Program terbabit akan berlangsung dari jam 9 pagi

BERITA TERBARU