Jangan pelihara haiwan liar

KUCHING: Pencinta haiwan digesa berhenti mengambil haiwan liar yang tidak diketahui status vaksin untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) Dr Adrian Susin Ambud berkata, 31 daripada 150 sampel didapati positif rabies yang diambil tahun ini melalui Teknik Flouresen Antibodi Langsung (dFAT).

Kata Dr Adrian, pemilik anjing di negeri ini digesa memvaksinkan anjing mereka secara tahunan dengan vaksin anti-rabies di Pejabat Bahagian Veterinar terdekat.

“Mana-mana pemilik anjing yang gagal mematuhi Arahan Vaksin Anti-Rabies akan disabitkan kesalahan tidak melebihi RM2,500 di bawah Seksyen 40(7), Ordinan Kesihatan Awam Veterinar (VPHO) 1997.

“Anjing yang tidak mempunyai bukti di vaksin akan ditahan dan dihapuskan di bawah seksyen ini,” katanya semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 18 Mac 2021

Suara Sarawak