Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Jangan pentingkan diri sendiri, balik kampung hanya bila terdesak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

MUKAH: “Kesianlah dengan warga emas, kanak-kanak dan keluarga di kampung, jangan pentingkan diri sendiri dengan membahayakan diri dan orang lain, belajarlah daripada kesilapan di tempat lain.
Demikian tegas Adun Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya kepada penduduk yang berkeras hendak pulang ke kampung halaman meskipun kini mengetahui beberapa kawasan terkesan dengan penularan pandemik Covid-19.
“Bagi penduduk yang berasal dari kawasan zon merah mereka dipohon untuk menangguhkan perjalanan ke kampung buat sementara waktu.
“Saya juga memohon agar warga Matu yang berada di kawasan Sibu dan Sarikei bagi tempoh ini untuk menangguhkan dahulu perjalanan balik kampung.
“Balik kampung bila keadaan mendesak dan ada kecemasan sahaja, kepada penduduk kampung keluar rumah bila perlu sahaja,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak hari ini.

Tambahan kini beliau turut ada mendengar khabar ada penduduk yang berani pulang ke kampung menggunakan jalan tikus.
Justeru itu, beliau menggesa penduduk kampung dan penduduk rumah panjang menjaga ketat laluan keluar masuk ke kawasan masing-masing bagi membantu pihak kerajaan mengekang penularan Covid-19.
“Ini ekoran peningkatan kes positif Covid-19 dan penularannya semakin meningkat di Sarawak untuk tempoh ini.
“Hadkan bilangan penduduk yang bergerak dan sebolehnya jangan bawa kanak-kanak dan warga emas keluar dari rumah kerana kita bimbang penularan berlaku di kampung yang ada ramai golongan ini,” ujarnya lagi.
Selain itu, beliau turut memuji dan mahu penduduk kampung lain mengambil contoh inisiatif terbaik yang dilaksanakan di Kampung Kuala Matu Hulu dan Kampung Loba Balu , termasuk di Rumah Panjang Mission Sangga dan Raya di Batang Igan yang berani tampil mengeluarkan notis larangan masuk.
“Ini satu inisiatif bijaksana oleh penduduk kampung untuk konsep “Kita Jaga Kita” yang dilaksanakan oleh kerajaan kini dan pihak JKKK wajar mengawal pergerakan orang dari luar untuk masuk ke kampung masing masing.
“Ini adalah satu usaha dan ikhtiar yang dituntut agama, semoga Allah memelihara kita semua dan menyembuhkan segera semua yang terkena wabak virus ini,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu Juanda turut mengesa semua penduduk mempraktikkan semua nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khasnya untuk sentiasa mencuci tangan dengan pensanitasi tangan, melakukan penjarakan sosial dan menggunakan pelitup muka bila perlu keluar rumah.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News