Jangan percaya hasutan golongan antivaksin

KUCHING: Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil & Sederhana Sarawak, Datuk Mohd Naroden Majais menegaskan, pemberian vaksin Covid-19 bukan untuk menyakitkan rakyat tetapi demi keselamatan dan kesihatan rakyat Sarawak.

Katanya, individu yang menolak penerimaan vaksin dan menyebarkan berita palsu mengenai vaksin adalah orang yang tidak bertanggungjawab.

“Jangan percaya berita mengenai isu keselamatan vaksin berkenaan yang sering disebar di media sosial tetapi datanglah mendaftarkan diri dan keluarga untuk mendapatkan vaksin percuma.

“Kita amat bertuah kerana suntikan vaksin Covid-19 diberikan secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia jika dibandingkan dengan negara lain yang meminta rakyatnya membeli sendiri vaksin berkenaan,” katanya

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak hari ini 07 Mac 2021

Suara Sarawak