ARTIKEL

Jangan sia-siakan pengorbanan 11 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Masa hadapan golongan muda termasuk dalam bidang pendidikan di Sarawak terus mendapat perhatian sewajarnya.

Perkara itu dapat dilihat apabila Pengarah Pendidikan Sarawak Datuk Dr Azhar Ahmad turun padang menyantuni pelajar di SMK Santubung dan SMK Bandar Baru Samariang sempena program Kunjung Kasih Anak-Anak Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 Daerah Kuching.

Justeru, beliau juga memberi kata-kata semangat serta tip untuk menghadapi peperiksaan kepada pelajar yang menduduki SPM di sekolah berkenaan.

Katanya ketika di SMK Santubong, kejayaan dalam pendidikan memerlukan pengorbanan bukan sahaja dalam kalangan pelajar, tetapi pengorbanan tidak berbelah bahagi ibu bapa. “Pendidikan 11 tahun persekolahan janganlah disia-siakan.

Fokus dan jawab kertas peperiksaan dengan yakin,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), semalam.

Di SMK Bandar Baru Samariang pula, beliau mengingatkan pelajar SPM supaya berusaha sebaik mungkin untuk mencapai keputusan cemerlang. “Jawab peperiksaan dengan fokus dan yakin.

Tanam keyakinan bahawa kita mampu dan boleh mencapai kejayaan.

 “Dalam berusaha, jangan lupa untuk berdoa dan memohon restu daripada kedua-dua ibu bapa dan guru-guru,” ujarnya.

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Dr. Les Met, Timbalan Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuching Huriah Yatim turut serta. Peperiksaan SPM 2023 bermula 5 Disember 2023 hingga 7 Mac depan. 

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), pada 5 hingga 7 Disember tahun lalu adalah Ujian Amali Sains, Ujian Bertutur Bahasa Melayu (8 hingga 11 Januari 2024), Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (17 hingga 23 Januari 2024), manakala Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (29 Januari 2024). Seterusnya Ujian Bertulis pula dari 30 Januari hingga 7 Mac 2024.

LAIN-LAIN BERITA

Sawit naik RM3,750 satu tan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 satu tan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial