Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Jangan takut dapatkan bantuan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Meskipun memerlukan bantuan, penghidap kesihatan mental mungkin berdepan banyak situasi yang menghalang individu untuk mendapatkan pertolongan tepat pada waktunya, kata pakar psikiatri Dr Bernard Ting.

“Konsultasi yang rapat dan berpanjangan mungkin menjadi batasan, kerana jarak fizikal diperlukan dijadikan SOP bagi Covid-19,” katanya. Katanya, pandemik Covid-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini menimbulkan banyak masalah kesihatan mental, terutama kepada individu yang berdepan kesukaran hidup seperti pemberhentian kerja, kehilangan pendapatan, menghidap penyakit dan sebagainya.

Tambahnya lagi, masalah kesihatan mental yang biasa termasuk kemurungan, kegelisahan atau serangan panik, kecelaruan obsesif kompulsif, penggunaan alkohol atau bentuk ketagihan lain, tekanan pascatrauma dan sebarang keadaan yang mempengaruhi kualiti hidup secara signifikan termasuk kesukaran tidur, kurang perhatian dan tumpuan hingga ke tahap perasaan bunuh diri.

“Secara umum, orang dewasa lebih mudah mendapat bantuan psikiatri, mungkin kerana akses lebih baik kepada sumber melalui media dan bebas membuat keputusan berbanding remaja atau penduduk yang lebih tua,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun Bernard, yang juga pensyarah perubatan di Jabatan Perubatan Psikologi di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, penerimaan masyarakat untuk mendapatkan bantuan psikiatri tetap rendah. “Sama ada stigma umum atau stigma diri, juga dapat menghentikan individu secara aktif mencari pertolongan.

“Kebanyakan individu bimbang dilabel sebagai ‘gila’ sementara ada yang mempunyai mitos mengenai gangguan mental, ” katanya. Jelasnya, masalah kesihatan mental merupakan masalah kesihatan awam yang serius, sambil menambah kebanyakan keadaan dapat diatasi dengan rawatan yang betul.

“Jangan takut untuk meminta pertolongan kerana anda mungkin hanya dibantu ketika anda mencarinya. “Sekiranya anda tidak yakin dengan keadaan anda, dapatkan penilaian dan rawatan awal daripada pakar kesihatan mental. “Anda boleh membuat perbezaan dalam hidup anda. Hidup ini berharga,”gesa Bernard.

Sementara itu Pakar Psikologi Klinikal dan Pensyarah Dr Chen Yoke Yong merasakan bahawa penerimaan masyarakat bagi mendapatkan bantuan psikiatri untuk masalah kesihatan mental telah meningkat.

Ujarnya, walaupun stigma masih ada, namun stigma itu sudah berkurangan. “Masalah psikiatri kini menjadi lebih umum disebabkan oleh pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau berharap agar sikap yang lebih terbuka terhadap masalah psikiatri, sambil memberitahu bahawa orang dapat memperoleh pemahaman yang lebih baik mengenai hal ini dengan menghadiri webinar, bengkel, dan ceramah.

“Mereka yang memerlukan pertolongan juga boleh menghubungi talian seperti Bestfrienders atau meminta bantuan kaunselor. “Mereka juga dapat membicarakan masalah mereka dengan seseorang yang mereka percayai bagi mendapatkan perspektif berbeza daripada mereka,” kata Dr Chen.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang