HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Jangan terlalu cepat buat kesimpulan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Jeti Kampung Mutap yang disiapkan dengan kos RM50,000 dan disifatkan oleh netizen sebagai tidak wajar.

BEBERAPA hari lalu, pengguna media sosial mempersoalkan kos pembinaan jeti Kampung Mutap di Bakenu yang dikatakan tidak masuk akal.

Untuk maklumat, jeti berkenaan sepanjang 15 meter yang dibina dengan kos RM50,000 dan berjaya disiapkan pada 6 April lepas. Namun, netizen memaklumkan kos jeti berkenaan tidak masuk akal dan berasakan terdapat perbuatan rasuah berkaitan pembinaan jeti itu.

Menerangkan dengan lebih lanjut, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Miri mengeluarkan kenyataan memaklumkan isu berkaitan keselamatan sungai yang banyak buaya, keadaan laluan jalan ladang dan logistik antara faktor jeti berkenaan menelan kos sebanyak itu.

Malah, JKR Miri juga menegaskan bahawa kayu belian yang digunakan untuk membina jeti menelan kos sebanyak RM9,000.

Meskipun telah diterangkan, netizen masih belum berpuas hati, ada yang sinis menyalahkan buaya adalah punca jeti berkenaan dibina dengan kos yang mahal dan menggunakan perkataan ‘kayu emas’.

Jika difikirkan, kos pembinaan jeti ini agak masuk akal jika dikira dari sudut jalan dan harga kayu belian, namun kita juga harus bersedia dengan segala kemungkinan penyelewengan yang berlaku.

Untuk pengetahuan, perjalanan jalan ladang bukan seperti jalan raya yang berturap atau berbatu-batu seperti yang kita ada sekarang.

Ia adalah jalan yang akan becak ketika hujan dan hanya kenderaan tertentu yang boleh melalui jalan berkenaan seperti kereta pikap dan lori besar.

Jika ini merupakan salah satu sebab kenapa kos jeti berkenaan mahal, ia boleh berlaku kerana hanya orang tertentu yang mempunyai kenderaan yang boleh membawa kayu ke jeti itu.

Tambah lagi dengan harga kayu belian yang memang antara kayu yang mahal kerana ia adalah kayu yang berkualiti dan tahan apabila terkena hujan dan panas dalam tempoh masa yang lama.

Kayu belian adalah kayu yang tahan lasak dan tidak mudah patah, buruk atau usang menjadi pilihan mereka untuk membuat jeti.

Jadi, sudah tentu kayu ini lebih mahal berbanding kayu-kayu yang lain untuk dijadikan titi di jeti berkenaan.

Kos sejumlah RM9,000 kayu belian adalah masuk akal kerana kayu belian memang mahal dan sesuai dijadikan titi jeti penduduk kampung yang kerap menggunakan tempat itu nanti.

Dari sudut keselamatan pula, kawasan sungai yang banyak buaya memang membahayakan kerana ia berkaitan dengan risiko kehilangan nyawa.

Jadi, mungkin kos upah membuat jeti dinaikkan sedikit kepada pekerja yang membuat jeti itu.

Walaupun kos dengan struktur jeti banyak dipersoalkan, ia bukan perkara yang menghairankan dan mengejutkan penduduk kampung terutamanya penduduk di pedalaman.

Ini kerana mereka telah merasai kenaikan harga barang yang berlipat kali ganda di kampung yang bukan sesuatu perkara dilihat tidak wajar.

Realitinya harga barang yang ada di bandar apabila sampai di kawasan perkampungan dan pedalaman akan naik sehingga 30 peratus.

Ini berlaku apabila penjual atau peniaga mengambil kira kos perjalanan, jalan yang belum diturap dan pengangkutan yang dalam erti kata lain mereka perlu menaikkan harga barang yang dijual di sana.

Maka, pembinaan jeti ini bukanlah sesuatu perkara yang tidak wajar atau tidak normal kerana ia adalah hakikat sememangnya pembinaan itu akan menggunakan kos yang tinggi.

Melainkan, jika pembinaan jeti itu menggunakan kayu biasa, tiada buaya dan ada jalan raya, ia mungkin tidak masuk akal.

Sebagai orang luar, kita memang akan mempersoalkan perkara seperti ini kerana kita tidak tahu apa-apa yang berlaku.

Oleh itu, apabila menyampaikan maklumat di media sosial banyak faktor harus diambil kira terutamanya maklumat yang spesifik, tepat dan jelas.

Jika tidak, ia akan menjadi bahan netizen yang cepat membuat kesimpulan dan pendapat mereka sendiri.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Puasa sihatkan badan

PUASA Ramadan ertinya menahan diri daripada makan dan minum, termasuk

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru

Menjinak AI

PAKAR fizik Oxford Stephen Hawking yang terkenal dengan tesis lubang