ARTIKEL

Janggal tulis ISU BESAR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

“SAYA akan mendengar muzik sambil mencari isu semasa dengan gambaran yang membuatkan jiwa memberontak dan berasa luluh,” jelas Shamsul Idzam Jamil, anak kelahiran Kampung Panglima Seman Ulu mengenai penglibatannya dalam bidang muzik dan penulisan kreatif.

Katanya lagi; “Di situlah ideaidea saya akan muncul setelah melihat gambar atau melalui gambaran pemikiran tentang kekurangan dalam kehidupan manusia.

Melihat gambar sambil mendengar muzik yang sayu, jiwa saya akan meresap ke dalam pemikiran untuk diluahkan menjadi kata-kata.”

Selain menyanyi, Shamsul Idzam, anak ketiga daripada lima beradik juga memiliki bakat dalam pelbagai bidang seni, selain berkebolehan bermain pelbagai alat muzik seperti gitar, piano, biola dan harmonika.

Berasal daripada keluarga berdarah seni, ibunya penyanyi, manakala bapanya pemuzik.

Hampir semua adik beradiknya terlibat dalam bidang nyanyian, muzik, lakonan, penulisan kreatif dan seni budaya.

Kini, beliau bertugas di DBP Cawangan Sarawak sebagai Penolong Perancang Bahasa, selain Bendahari Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (Pekasa).

Selain itu, beliau juga aktif dalam bidang penulisan kreatif sehingga menerbitkan kumpulan puisi, selain aktif menghasilkan lagu-lagu puisi.

Pada 1995, beliau bersamasama abang dan sepupunya menubuhkan kumpulan lagu puisi (AKIRA) sehingga berjaya menghasilkan rakaman album lagu puisi dan pop etnik pada 1997 dan 1998 di Kuala Lumpur.

Kini sudah hampir 30 tahun beliau terlibat dalam pelbagai bidang seni yang pasti menjadikan pengalaman berharga baginya.

Shamsul lebih memberi tumpuan penulisan puisi, selain menulis cerpen, skrip drama teater atau radio serta esei berkaitan sastera.

“Saya mencipta lagu daripada puisi-puisi penulis mapan.

Di situlah terbitnya minat mendalam terhadap bidang penulisan puisi sehingga saya menghasilkan puisi saya sendiri,” katanya.

Menurutnya, menyelami karya puisi sebelum menjadikannya lagu mengasah pemikirannya untuk memahami setiap bait puisi dengan lebih teliti dan menjiwai makna tersirat di dalamnya.

“Inilah yang menyebabkan kecintaan saya terhadap puisi semakin mendalam.

Dari situ wujudnya minat saya untuk menghasilkan karya puisi sendiri,” tambahnya lagi.

Mula menulis pada 2002 dan kebanyakan karyanya untuk simpanan sendiri dan cuba untuk dibuat lagu.

Karya pertamanya “Bahtera Serumpun” disiarkan Berita Minggu pada 2004.

“Karya itu menjadi karya pertama saya terbit dalam buku “Antologi Puisi Di Laman Anggerik Ini” terbitan GAPENA pada 2005,” katanya.

Di samping itu, banyak karya yang dihasilkan oleh Shamsul sehingga ada karya puisinya juga banyak tersiar dalam majalah terbitan DBP di akhbar tempatan dan nasional.

Antara karya yang dihasilkannya ialah “Buku Kumpulan Puisi Perahu Kecil dan Pendayung Itu” terbitan ITBM.

Bermula 2005, puisi Shamsul termuat dalam beberapa buku antologi puisi seperti Antologi Puisi Di Laman Anggerik Ini (GAPENA 2005), Antologi Puisi: Kota Bandar Citra Sejagat (DBP 2005), Antologi Puisi Lok Cinta (PEKASA 2007), Antologi Puisi Hari Pejuang Bahasa 152 (PENA 2010) dan banyak lagi.

Beliau berkarya dan masih menghasilkan puisi sehingga yang terbaharu pada 2023 bertajuk “Antologi Sajak Miri Kota Inspirasi” diterbitkan oleh DBP/MBM 2023 dan Antologi Puisi Ke Sarang Cenderawasih terbitan GAPENA 2023.

Atas ketekunan dan kebijaksanaan menghasilkan karya, Shamsul memperoleh tempat pertama Sayembara Mencipta Puisi Kualiti daripada DBP pada 2005, sagu hati Sayembara Mencipta Puisi Kualiti daripada DBP pada 2007.

Beliau juga penerima Anugerah Hadiah Sastera Penulis Sarawak (HSPS) kategori puisi sebanyak lima kali pada 2011, 2012, 2013, 2015 dan 2019.

Ditanya cara berkarya, Shamsul berkata, beliau berkarya mengikut keadaan semasa dan lebih suka memilih isu yang dianggap kecil, tetapi memberi impak yang besar terhadap nilai kemanusiaan.

“Seperti karya puisi saya dalam Kumpulan Puisi Perahu Kecil dan Pendayung Itu, kebanyakan puisi yang saya hasilkan berteraskan kehidupan di jalanan dan masyarakat di pinggir kota,” jelasnya.

Beliau jujur menjelaskan sedikit janggal apabila ingin menghasilkan sesuatu karya dengan isu dianggap besar yang melibatkan isu antarabangsa tetapi meminggirkan isu semasa yang lebih kecil.

Hal kecil yang dimaksudkan oleh Shamsul ialah isu semasa yang belum dapat diatasi seperti masalah kemiskinan, hidup gelandangan, kerosakan moral masyarakat dan sebagainya yang dianggap sisi gelap negara.

“Hal ini mungkin kita tidak nampak atau pura-pura mengalih pandangan ke sisi yang lebih besar.

“Bukannya tidak pernah menulis isu yang bersifat antarabangsa, tetapi saya rasa tanggungjawab untuk mendedahkan isu yang dianggap kecil dalam masyarakat kurang mendapat perhatian.

Saya tetap dengan pendirian saya yang mengutamakan sesuatu karya yang lebih dekat dengan jiwa dan masyarakat sekeliling saya,” katanya.

Beliau tidak seperti penulis yang lain kerana ada sebahagian penulis lebih gemar mengangkat isu global yang lebih besar kerana pemerhatian daripada pengkritik sastera lebih kepada isu meluas dan antarabangsa sifatnya.

Hal ini kerana sifat sebegini dianggap mencapai pemikiran yang lebih tinggi dan berpotensi untuk memenangi anugerah dalam bidang penulisan.

Shamsul mengikut naluri ketika menghasilkan karya kerana beliau menulis apabila tercetusnya keinginan apabila melihat sesuatu yang menggugah perasaan tentang hal-hal yang berkaitan isu semasa terutamanya yang melibatkan masyarakat setempat.

Tiada had masa ditetapkannya untuk menghasilkan karya.

“Paling cepat saya buat untuk satu puisi dalam 30 minit, manakala paling lama boleh sampai berbulan-bulan kerana saya menulis secara santai dan diubah mengikut keadaan semasa.”

Kelebihan dan keunikan cara beliau ketika hendak menghasilkan sesuatu karya adalah dengan menulis apa-sapa sahaja yang terdapat dalam fikiran sambil mendengar muzik instrumental sambil mencari isu semasa dengan gambaran yang membuatkan jiwa memberontak dan berasa luluh sekiranya buntu dalam mencari idea.

“Di situlah idea-idea saya muncul setelah melihat gambargambar yang saya ambil seperti gambar pengemis di jalanan dan membuatkan saya berfikir tentang kekurangan dan kehidupan manusia, ” “Melihat gambar sambil mendengar muzik yang sayu, jiwa saya seolaholah meresap ke dalam pemikiran untuk diluahkan menjadi kata-kata,” katanya.

Beliau tetap menghasilkan sesuatu karya terutama dalam penulisan puisi dan penghasilan lagu puisi yang memberi impak kepada masyarakat untuk memahami erti kehidupan sebenar kerana masih mempunyai impian dalam bidang penulisan dan muzik.

“Insya-Allah pada suatu masa nanti tidak kiralah lima atau 10 tahun akan datang, saya akan berada di landasan yang betul dalam memperjuangkan kehidupan manusia yang lebih sempurna melalui bidang seni,” ujar Shamsul.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Masa yang akan menentukannya!

BERITA LAIN

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

SOLEKAN jadi kandungan media sosial

MEMPUNYAI bakat dalam solekan pasti menjadi idaman buat wanita, jadi ada yang sanggup belajar melakukan pelbagai jenis solekan. Malah, ada yang menjadikan teknik solekan sebagai

KUKUH HUBUNGAN NEGARA KOMANWEL

HARI KOMANWEL disambut bagi meraikan jalinan dan ikatan persahabatan serta sumbangan Komanwel ke arah keamanan dan keharmonian sejagat. Tahun ini, sambutan Hari Komanwel bertemakan One

Periksa kesihatan percuma

PROGRAM pemeriksaan kesihatan percuma diadakan kepada ibu bapa, guru, termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Siol Kanan sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Siol

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

BERITA TERBARU