ARTIKEL

Jangkitan rabies di Sarawak meningkat hampir 90 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Sebanyak 15 kes jangkitan rabies dalam kalangan manusia dilaporkan di Sarawak sejak 1 Jan hingga 7 Ogos lepas dengan 13 daripadanya menyebabkan kematian.

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Ooi Choo Huck berkata jumlah kes dalam tempoh itu menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 87.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu tujuh kes dilaporkan.

“Kumulatif kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak yang dilaporkan semenjak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 sehingga kini adalah sebanyak 70 kes dengan 63 kematian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan peningkatan kes rabies ini, beliau meminta orang ramai mengambil langkah-langkah pencegahan dan klinik pascagigitan juga ditubuhkan di 64 kemudahan kesihatan awam dan 29 fasiliti swasta di seluruh negeri itu, selain 11 hospital untuk memberikan suntikan Rabies Immunoglobulin.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU