ARTIKEL

Jangkitan selesema, COVID-19 meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LOS ANGELES: Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan jangkitan selesema dan COVID-19 di seluruh negara, dengan peningkatan penyakit berkaitan pernafasan terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Bilangan mereka yang diuji positif COVID dan dimasukkan ke hospital dengan simptom yang teruk, semakin meningkat. Sekitar 10 peratus ujian COVID-19 yang dilaporkan kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) adalah positif pada minggu terbaru yang berakhir pada 25 November, mengikut data CDC, lapor Xinhua.

Ketibaan pesakit yang didiagnosis sebagai COVID-19 ke jabatan kecemasan meningkat lebih daripada 10 peratus dalam minggu terkini berbanding minggu sebelumnya.

Kemasukkan ke hospital akibat COVID hampir mencecah 20,000 orang untuk minggu yang berakhir pada 25 November atau lonjakan sebanyak 10 peratus, menurut data CDC. COVID terus merekodkan kemasukan ke hospital dan kematian bagi penyakit berkaitan pernafasan dengan sekitar 15,000 dimasukkan ke hospital dan 1,000 kematian setiap minggu, kata Pengarah CDC, Mandy Cohen.

Sementara itu, kadar selesema juga semakin meningkat, dengan kadar positiviti ujian sebanyak 6 peratus di seluruh negara dan 4,268 kemasukan ke hospital untuk minggu yang berakhir pada 25 November, menurut data CDC.

Menurut data CDC, lapan kanak-kanak dan sekitar 1,100 orang dewasa meninggal dunia disebabkan oleh penyakit berkaitan selesema sepanjang musim ini. Aktiviti influenza bermusim terus meningkat di kebanyakan bahagian negara itu terutama di kawasan Selatan Tengah, Tenggara, Gunung dan Pantai Barat, kata CDC dalam laporan mingguan. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

BERITA TERBARU

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan