Janji kepada rakyat ditepati

BAU: Kerajaan Sarawak mengotakan janji untuk menyerahkan Surat Hak Milik Tanah dikeluarkan dibawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak (SLC) kepada penerima di sini, semalam.

Ketika berucap, Ketua enteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjelaskan, sebanyak 579 surat berk-
enaan diserahkan untuk kegunaan kediaman yang diukur melalui Program Pengukuran Kampung Tradisional.
Katanya, bagi tanah diukur untuk tujuan pertanian dalam kawasan Pembangunan Tanah Salcra surat hak milik tanah diserahkan kepada 827 pemilik tanah NCR.

Beliau yang hadir dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Bazar Krokong, di sini semalam turut menyampaikan surat hak milik tanah berkenaan kepada penerimanya.

Abang Johari berkata, untuk Program Pengukuran Kampung Tradisional penerima surat tanah adalah dari Kampung Suba Bau, Kampung Suba Buan, Kampung Suba Bandar, Kampung Tasik Biru, Kampung Skiat Lama dan
Kampung Skiat Baru.

Tambahnya lagi, bagi kawasan Pembangunan Tanah Salcra diserahkan kepada peserta estet kelapa sawit dari Estet Salcra Bratak, Jagoi, Stenggang dan Undan.

“Penyerahan surat ke atas 473 lot itu secara keseluruhan di enam kampung kepada pemilik tanah merupakan langkah kerajaan mengotakan janjinya.

“Pengeluaran surat tersebut di bawah Program Pengukuran Kampung Tradisional yang merupakan usaha berterusan kerajaan menerusi Jabatan Tanah dan Survei,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa Kerajaan Sarawak serius dalam isu meninjau tanah NCR dan menyatakan Kerajaan Sarawak telah memerikan peruntukan RM40 juta untuk tujuan pengukuran tanah.

“Jangan risau, Kerajaan Sarawak tidak akan mengambil tanah daripada pemilik yang sah sesuka hati.

“Melainkan untuk tujuan pembangunan, bagaimanapun kita akan membayar pampasan kepada pemilik tanah,” jelasnya.

Beliau juga mengingatkan ketua kaum dan wkail rakyat supaya terus memberikan kerjasama dalam kerja pengukuran supaya ia dapat berjalan dengan lancar.

Suara Sarawak