Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Jasa Dr James Dawos Mamit terus terpahat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Ketua Menteri ketuai anggota Kabinet lakukan penghormatan terakhir

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Seri Dr James Dawos Mamit di kediamannya di Taman Stutong Indah di sini.

Ketua Menteri yang tiba pada jam 12.15 tengah hari turut menyampaikan ucapan takziah kepada isteri mendiang, Datin Seri Christine Dawung Narub.

Hadir sama Timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr. Sim Kui Hian.

Mereka meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Dawos.

Turut kelihatan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Seri Micheal Manyin Jawong.

Mendiang Dawos yang juga bekas Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Taman Stutong Indah di sini sekitar jam 11.30 malam, Isnin.

Mendiang meninggal dunia selepas bertarung dengan jangkitan paru-paru, mata dan telinga

akibat kesan sampingan daripada kanser hidung yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Baca lain  IPD Daro dan Matu uzur, perlu perhatian - Safiee

Mendiang meninggal dunia pada usia 71 tahun dan meninggalkan seorang balu, tiga anak lelaki dan tujuh cucu.

Untuk rekod, Dawos merupakan bekas Ahli Parlimen Puncak Borneo (dahulunya Mambong) selama empat penggal dan pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan pada 14 Disember 2009, sebelum dilantik Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar selepas kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 16 Mei 2013.

Saintis alam sekitar itu bertanding untuk Pilihan Raya Umum di bawah tiket BN dan pertama kali memenangi kerusi Parlimen Mambong pada tahun 1999, setelah menewaskan Dr Jerip Susil.

Beliau berundur pada pilihan raya umum yang lalu atas faktor kesihatan.

Untuk perjalanan akhirnya, mendiang Dawos dijangka disembahyangkan di Gereja St Ann, Batu 10 pada jam 10 pagi Jumaat ini sebelum disemadi di tapak perkuburan Kampung Stabut, Padawan, tempat beliau dilahirkan dan dibesarkan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru