Jasad mendiang Ngalinuh Bala selamat dilkebumikan

MIRI: Jasad mendiang bekas Sub Inspektor Ngalinuh Bala, 79, selamat dilkebumikan sekitar jam 4.30 petang tadi di Tanah Perkuburan kristian Sidang Injil Borneo (SIB) di Lambir di sini.

Kira-kira 200 orang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat-handai dan bekas rakan sekerja mendiang hadir di tanah perkuburan untuk pengebumian.

Terdahulu, jasad beliau dibawa ke Gereja SIB Bukit Kanada untuk penghormatan terakhir.

Turut hadir, TimbaIan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Gerawat Gala, bekas TimbaIan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu, dan tetamu kehormat Iain termasuk ketua jabatan kerajaan, antaranya, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail dan bekas Panglima Medan Timur Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw.

Mendiang meninggal dunia di Hospital Miri akibat diabetes dan komplikasi paru-paru, jam 6.47 petang pada 23 Jun lalu.

Pemergian mendiang meninggalkan seorang balu, Sinah Ngalinuh Bala, 73, lima orang anak, sembilan orang cucu dan seorang cicit.

Mendiang Ngalinuh adalah penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong Kelima Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah pada 6 Julai 1972.