ARTIKEL

JATUH SEKALI bangkit tiga kali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KEGEMBIRAAN ketika mencapai kejayaan pasti mengukir seribu satu makna, namun di sebalik kejayaan yang dikecapi, tersimpan kisah suka dan duka.

Sedar tidak sedar, itulah lumrah kehidupan dalam mencapai secebis kejayaan, pasti ada segenggam cabaran dihadapi.

Apatah lagi fasa kejatuhan.

Setelah mencapai kejayaan, mungkin sukar mengekalkannya, kerana ia boleh dicemburui sehingga ada tindakan atau cubaan menjatuhkan.

Kejatuhan dalam kejayaan mungkin tidak ramai yang mengalaminya, tetapi sering terjadi secara individu mahupun organisasi.

Biasa kita dengar peribahasa, gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya, malah ada juga pepatah, jatuh sekali, bangun tiga kali seperti bait lagu Aman Ra.

Liriknya ringkas, namun menusuk ke kalbu — fasa kejatuhan atau kegagalan ialah guru terbaik untuk kita bangkit dan terus berusaha mengejar kejayaan.

Ya, memang sakit apabila terjatuh, lebih-lebih lagi terjatuh dari tempat tinggi, sakitnya sukar digambarkan.

Kesakitan yang dialami sepanjang usaha pasti dikecapi dengan kemanisan kejayaan.

Pernah berlaku kepada diri sendiri dan ia banyak menjadi pengalaman untuk kekal positif.

Ketika terjatuh, kita berasa sakit dan membuatkan kita terus berfi kir sama ada mahu bangun sekelip mata atau menunggu masa sesuai untuk membuktikan bahawa kita mampu bangkit semula.

MOTIVASI

Mengulas topik ini, ramai fi gura terkenal di dunia pernah jatuh.

Siapa sangka nama-nama besar yang amat dikenali dengan kejayaan masingmasing bermula dengan kejatuhan.

Sebagai contoh, Walt Disney.

Siapa yang tidak tahu dengan jenama animasi terkemuka, namun pernahkah kita tahu bagaimana sejarahnya mencipta nama.

Sebelum mencipta empayar ikonik Disney, Walt Disney menghadapi banyak kegagalan, termasuk mufl is dan kehilangan studio animasi pertamanya.

Bahkan, dia pernah dipecat daripada syarikat akhbar tempatnya bekerja kerana kekurangan idea dan imaginasi.

Kini, Walt Disney dikenali di seluruh dunia dengan pelbagai siri animasi dengan jumlah keuntungan berbilion dolar.

Begitu juga dengan kisah pengasas Apple, Steve Job.

Jenama trend terkini dengan pengeluaran pelbagai produk teknologi tinggi.

Komputer, muzik, laptop, telefon pintar dan sebagainya, teknologi yang dicapai menerusi kejayaan bersama selepas menelusuri fasa kejatuhan.

Steve Jobs pernah disingkir daripada syarikat itu pada 1985, malah lebih malang apabila dia menghadapi tempoh kegagalan dengan usaha niaga seterusnya — NeXT Computer.

Bagaimanapun, dia kembali menyertai Apple pada 1997 dan memainkan peranan penting dalam kebangkitannya.

Satu lagi kisah inspirasi dunia, Oprah Gail Winfrey — pengacara televisyen, pelakon, penerbit dan dermawan Amerika Syarikat.

Beliau paling dikenali dengan rancangan temu bualnya, The Oprah Winfrey Show — program paling tinggi rating dalam jenis dalam sejarah yang bersiaran dari 1986 hingga 2011.

Oprah Winfrey menghadapi zaman kanak-kanak yang sukar, dibelenggu kemiskinan dan penderaan.

Pernah dipecat dari pekerjaan televisyen pertamanya, tetapi berjaya bertahan dan terus menjadi salah satu personaliti media paling berpengaruh di dunia.

Kisah ini mengingatkan kita bahawa kegagalan sering menjadi sebahagian daripada perjalanan menuju kejayaan.

Kuncinya ialah belajar, tabah dan gunakan motivasi mereka sebagai batu loncatan untuk mencapai perkara yang lebih besar.

Pengalaman jatuh, sama ada dari segi menghadapi kegagalan, kemunduran atau cabaran, ia boleh mencabar emosi dan mental.

Perspektif diri amat penting dalam menangani fasa kejatuhan, malah ia memerlukan strategi untuk bangkit semula dan terus melangkah.

TERUS BANGKIT

Jika gagal, jangan mengalah dan anggap ia sebagai bahagian dalam kehidupan. Pemikiran negatif harus ditukar kepada positif bagi menetapkan fokus dan kekuatan kepada kejayaan sekali gus membina keyakinan.

Penetapan matlamat yang realistik juga memainkan peranan kepada langkah untuk bangkit daripada kejatuhan Bagaimanapun, ia harus dibahagikan daripada matlamat besar kepada kecil dan boleh dicapai bagi mengekalkan motivasi.

Belajar dan menyesuaikan diri dengan situasi semasa bagi bangkit semula untuk mencapai kejayaan baharu.

Teliti dan menilai semula kegagalan sebagai peluang berkembang, belajar dan pertumbuhan, ia pasti dapat diselitkan dalam aspek penambahbaikan strategi baharu menerusi pendekatan yang sesuai.

Harus diingat, setiap kita menghadapi cabaran dan kemunduran dalam hidup, namun keupayaan untuk bangkit semula ialah kemahiran berharga menyumbang kepada pertumbuhan peribadi dan daya tahan.

LAIN-LAIN BERITA

Perempuan hidup lebih lama

SEKIRANYA bayi anda lahir pada 2021, 2022 dan 2023, secara purata dijangka hidup sehingga 74.0 tahun, 73.8 tahun dan 74.8 tahun. Ia bedasarkan Jadual Hayat

Pembangunan fizikal luar bandar jadi keutamaan

MEMANDANGKAN Sarawak wilayah terbesar di Malaysia, ia menjadi cabaran pembangunan untuk rakyatnya menikmati kemajuan. Kawasan luar bandar memerlukan kemajuan dari segi pembangunan fi zikal terlebih

Demam anak raja

SAYA selalu terfikir; apakah rasanya menjadi anak raja? Teringin untuk merasa kehidupan sebagai anak raja dan tinggal di istana. Kata orang, angan-angan itu wangian, walaupun

Percepat penurunan kuasa

SECARA asas, sistem pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meliputi perundangan dan pemerintahan. Tujuannya untuk melicinkan urus tadbir. Di bawah Senarai Persekutuan, ia meliputi

Beli rumah atau sewa?

TAK PERLU BELI RUMAH, ia membebankan, lebih baik kita sewa sahaja. Demikian, antara kata-kata yang sering kali kita dengar daripada segelintir masyarakat yang sangat takut

ASRAMAKU RUMAHKU

ASRAMA bagi sekolah rendah dan menengah di kawasan luar bandar amat penting untuk pelajar. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian