Trending

Jawapan ibu Aina Abdul tentang simbolik kain merah dalam muzik video raih perhatian

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BARU-baru ini, penyanyi Aina Abdul tampil live di laman media sosialnya bagi menerangkan maksud yang tersirat dalam muzik video terbarunya yang berjudul Jangan Mati Rasa Itu. 

Video rakaman tersebut dimuat naik di TikTok milik @ aina.devotee yang meraih perhatian ramai.

Dalam video berkenaan, Aina Abdul bertanya kepada ibunya, Zaini Abdullah berkaitan simbolik kain merah tersebut.

“Ma rasa apa simbolik kain merah tu ma?” tanya Aina Abdul “Itu semangat, semangat juang yang giler, terus hidup, jangan meroyan, jangan meroyan dekat aku,” jawab ibu Aina Abdul. 

Rata-rata warganet terhibur dengan jawapan daripada ibu Aina Abdul itu dan tidak menyangka ibu Aina Abdul mampu menghiburkan dalam live tersebut.

“Mak Aina ni aura cikgucikgu sangat apabila bercakap tu. 

“Tak hairanlah AA bijak, Mak dia pun bijakk!! omg love love love!!” antara komen warganet

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru