ARTIKEL

Fazzrudin merasmikan Bazar Ramadan Emart Matang. Foto: Mohd Alif Noni

Jawatan berasaskan caruman untuk penjawat awam baharu, janjikan manfaat besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pengumuman Kerajaan Sarawak melantik penjawat awam baru di Sarawak di bawah Jawatan Berasaskan Caruman (JBC) tahun ini, menjanjikan manfaat lebih besar kepada pencarum.

Demikian jelas Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman yang berkata, pencarum juga dijangka menerima pulangan yang lebih tinggi berbanding skim pencen sedia ada.

“Kedua-dua skim ini, pencen dan KWSP, mempunyai kelebihan masing-masing, dan kelebihan KWSP bergantung kepada prestasi pelaburan. 

“Justeru, saya menyambut baik cadangan Kerajaan Sarawak (kerana paling penting ialah kelebihan atau faedah kepada pencarum tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Bazar Ramadan Emart Matang, hari ini. 

Bagaimanapun kata ADUN Tupong itu, terdapat keperluan penjawat awam yang diambil di bawah skim JBC mengurus kewangan dengan bijak selepas bersara nanti. 

“Kita perlu mengurus kewangan dengan teliti. Walaupun KWSP membolehkan pengeluaran selepas pencen (bersara), ia bergantung kepada kemahiran individu dalam mengurus kewangan sendiri.

“Kalau habiskan wang berkenaan dalam masa sehari, tak boleh juga… mesti bijak uruskan kewangan,” katanya.

Baca lain  Serah 497 hektar tanah NCR

Sebelum ini, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk  Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menyatakan, semua penjawat awam Sarawak akan diambil di bawah skim JBC mulai tahun ini.

Ini bermakna mereka akan mencarum dalam skim persaraan KWSP dan tidak akan menerima pencen bulanan daripada kerajaan selepas bersara.

Bagaimanapun, penjawat awam ini turut menerima semua kemudahan seperti mereka dalam skim persaraan termasuk dari sudut perubatan percuma, kenaikan pangkat serta banyak lagi.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,