ARTIKEL

Jawatan sukarelawan SUKMA 2024 masih dibuka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAWATAN sukarelawan untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 masih dibuka kepada orang ramai di sembilan bahagian (lokasi SUKMA) di seluruh Sarawak.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, jumlah pengambilan sukarelawan itu dijangka berskala besar.

“Memandangkan ia masih lagi agak panjang untuk SUKMA 2024 iaitu dalam 100 hari lagi, ia sedang dalam proses kemas kini.

“Tentang jumlah sebenar (sukarelawan) itu belum kita pastikan,” katanya ketika pemberita pada program Juh Berambeh Sungkey 2024 @ Kuching dan Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas di Padang Merdeka, petang kelmarin.

Mengenai pengesahan pengguguran dua acara SUKMA 2024 iaitu futsal wanita dan acara terjun platfom 10 meter wanita, Karim berkata jumlah muktamad acara SUKMA 2024 juga sedang dikemas kini.

“Setakat ini masih 37 sukan, 490 acara dan kemungkinan kurang lagi daripada jumlah itu.

“Tapi kita masih lagi dalam usaha menasihat negeri-negeri supaya menghantar acara ditetapkan.

“Jangan lihat boleh menang sahaja tapi lihatlah lebih kepada semangat kesukanan,” kata Karim.

Sementara itu, program Juh Berambeh Sungkei merupakan anjuran bersama Kementerian Sukan, Belia dan Pembangunan Usahawan bersama SABERKAS Cawangan Satok.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti