ARTIKEL

Wakil-wakil kesatuan gabungan MTUC yang diketuai Zaidi merakamkan gambar dengan Gerawat selepas pertemuan di pejabatnya, Bangunan Baitulmakmur, semalam.

Jawatankuasa Gaji Sarawak dirancang ditubuhkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Jawatankuasa Gaji Sarawak dirancang ditubuhkan, yang berperanan mengkaji gaji berpatutan seiring dengan gaji minimum dan gaji progresif di Sarawak.

Cadangan dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak itu sudah mendapat perkenan daripada Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan akan dibincangkan secara terperinci sebelum ia dilaksanakan.

Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak Zaidi Nasar berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam pertemuan kesatuan gabungan MTUC dengan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala di pejabatnya, Bangunan Baitulmakmur semalam.

“Penubuhan Jawatankuasa Gaji Sarawak adalah selari dengan pembangunan ekonomi Sarawak yang semakin pesat membangun, dengan anggotanya adalah dalam kalangan kesatuan sekerja, wakil jabatan kerajaan, badan profesional dan wakil majikan.

“Sebarang keputusan dan cadangan daripada jawatankuasa ini nanti akan dibentangkan dalam Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang mana ia juga diwakili
oleh wakil pekerja (MTUC),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara mengenai gaji progresif yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan, Zaidi berkata MTUC berpendapat supaya ia dilaksanakan seiring dengan gaji minimum yang telah berjaya dilaksanakan di seluruh negara pada Mei 2022, tanpa mengira kedudukan dan penempatan pekerja.

Katanya inisiatif itu adalah satu pendekatan dan usaha yang amat baik, dengan MTUC Sarawak turut menyokong usaha berkenaan supaya pekerja dapat menikmati kehidupan yang selesa dengan gaji yang berpatutan.

Menjelas lanjut, Zaidi berkata gaji progresif akan memfokuskan kepada pekerja daripada bawahan dan pekerja manual mengikut pengalaman bekerja, kelulusan dan penilaian produktiviti individu.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU