ARTIKEL

Hazland (12 kanan) menyampaikan cenderahati kepada Anuar (tengah).

Jawatankuasa Pemantauan Induk CCUS adakan mesyuarat pertama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemantauan Induk Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS), yang ditubuhkan oleh Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, telah berlangsung semalam.

Mesyuarat yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Beliau berkata, susulan Pindaan Ordinan Hutan dan Kanun Tanah serta Persekitaran yang telah digubal (Pengurangan Pembebasan Gas Rumah Hijau) Ordinan 2023, ia meletakkan Sarawak pada peringkat lanjutan untuk memperjuangkan CCUS dan aktiviti perdagangan karbon di Malaysia.

“Dengan ordinan ini, Sarawak mempunyai kuasa perundangan untuk mengawal selia, mengurus serta mempromosikan aktiviti yang berkaitan dengan perdagangan karbon, CCUS dan alam semula jadi perniagaan,” jelasnya menerusi satu kenyataan.

Sementara itu, Pejabat Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar memaklumkan bahawa jawatankuasa tersebut terdiri daripada wakil agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan kepakaran yang berkaitan dengan bidang masing-masing.

“Tujuan utama penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk memudahkan pembangunan dan pelaksanaan agenda CCUS di Sarawak selari dengan matlamat perubahan iklim Sarawak.

“Ia juga memfokuskan kepada beberapa aspek seperti memudahkan penglibatan pihak berkepentingan serta penyelesaian masalah dan pembangunan penyelesaian untuk mengenal pasti sekali gus meneroka penyelesaian kepada isu utama yang boleh menghalang kejayaan pelaksanaan CCUS di Sarawak,” katanya lagi.

Tambahnya, jawatankuasa ini terdiri daripada Peguam Besar Negeri Sarawak (SAG), Setiausaha Kewangan Sarawak (SFS), Unit Perancang Ekonomi (EPU), Petroleum Sarawak Bhd (PETROS), Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDeNR -Jabatan Tanah dan Ukur) serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED – Invest Sarawak).

Katanya, ia turut merangkumi Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD), Kementerian Kewangan dan Ekonomi Baharu (MOFNE), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Brooke Holdings Sdn Bhd.

“Selain itu, jawatankuasa ini juga bertindak sebagai badan pengenalpastian keperluan yang menyeluruh menerusi aktiviti mengumpul dan menganalisis semua cabaran yang penting serta peluang yang berkaitan dengan CCUS.

“Seterusnya, mereka bertanggungjawab memastikan penyelarasan yang efisien serta lancar dalam kalangan pihak berkepentingan sambil mematuhi undang-undang, peraturan, dan dasar berkaitan,” ujarnya.

Dalam pada itu, jelasnya, jawatankuasa ini juga akan bertindak sebagai unit pelaporan dan cadangan yang akan menyediakan laporan komprehensif kepada Premier, menggariskan dapatan jawatankuasa dan cadangan bagi tindakan lanjut, dan langkah-langkah seterusnya yang mungkin serta mampu mendorong perbincangan dan kerjasama dalam kalangan semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam projek CCUS di Sarawak.

Sejurus tamat mesyuarat jawatankuasa semalam, mesyuarat turut mendengar taklimat berkaitan Projek Pembangunan Lapangan Gas Kasawari Fasa Dua yang disampaikan oleh pihak PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) melalui Pengarah Projek, Izrie Ghazali.

Rombongan PCSB diketuai Ketua Bahagian Aset Sarawak, Anuar Ismail.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU