ARTIKEL

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Miri pantau lokasi berisiko kebakaran terbuka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri kini menguatkuasakan kawalan dan rondaan di lokasi kerap berlaku kebakaran terbuka, terutamanya di kawasan tanah gambut.

Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Lee Kim Shin, berkata langkah penting itu bertujuan mengelak insiden daripada berulang yang boleh menyumbang kepada berlakunya fenomena jerebu.

Sambil merujuk kepada situasi kebakaran yang berlaku di Miri, beliau mengingatkan semua pihak agar tidak melakukan pembakaran terbuka.

“Pastikan keselamatan premis atau tanah kepunyaan individu atau kerajaan bagi mengelak pencerobohan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lee, yang juga menteri bertanggungjawab terhadao JPBB Miri, menegaskan tumpuan kepada isu pembakaran terbuka penting, terutamanya ketika negara sedang melalui fasa akhir Monson Timur Laut ketika ini.

Dalam tempoh itu, katanya, Miri akan mengalami musim kering iaitu memasuki fasa Monsun Barat Daya yang membawa kadar bilangan hujan yang rendah, dan keadaan tersebut dijangka berlaku hingga September.

Baca lain  Video tular lelaki dipukul sekumpulan lelaki disahkan kes lama

Terdahulu pada Khamis, semua agensi di bawah JPBB Miri menghadiri satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi JPBB Miri, Jamalie Busri, bagi membincangkan strategi pencegahan kebakaran tanah gambut.

Antaranya melalui pengawasan darat serta pemantauan menggunakan peralatan pengawasan berteknologi tinggi ‘thermal drone’ M30T selain penyediaan keperluan fasiliti pemadaman seperti jentera berat dan pam air.

Dalam pada itu, orang ramai juga diminta memberikan kerjasama untuk memadamkan kebakaran kecil serta membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi sebarang aktiviti pembakaran terbuka.

Sebarang aduan boleh dikemukakan kepada 085-420991 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Miri), 085-422973, 019-2452642, BBP Lopeng, 085-646644 BBP Lutong, Jabatan Alam Sekitar (JAS), 085-426994 Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), dan 085-437488 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

PANTAU… Pihak berkuasa bersama syarikat pemilik tanah berhampiran kawasan terbakar dalam usaha pemadaman kebakaran. – Foto JPBB Miri

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,