ARTIKEL

BERCAKAP… Ahmad menyampaikan amanat kepada pegawai bomba pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang Bomba Sarawak 2026, hari ini.

JBPM perkukuh kesiapsiagaan dan pemodenan aset

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penambahbaikan menyeluruh terhadap keupayaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dipergiatkan, dengan fokus utama pada kesiapsiagaan pasukan khas, pemodenan aset dan kebajikan anggota sebagai teras perkhidmatan.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Sri Ts. Nor Hisham Mohammad, berkata pendekatan ini penting bagi memastikan setiap operasi dapat dijalankan dengan lebih pantas dan berkesan.

TAHNIAH… Ahmad menyampaikan sijil perkhidmatan cemerlang bomba bagi tahun 2026 kepada penerima sijil sambil disaksikan oleh Jamri dan Tiong Ling Hii pada majlis berkenaan, hari ini.

“Antara fokus utama ialah memperkukuh pasukan khas yang memainkan peranan kritikal dalam operasi berisiko tinggi,” ujarnya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ts Ahmad Izram Osman pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang Bomba Sarawak 2026, hari ini.

Menurut Nor Hisham, kini Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan CBRNe telah mengisi 510 daripada 561 perjawatan (91 peratus), manakala baki 51 kekosongan sedang dalam perancangan pengambilan.

TAHNIAH… Ahmad menyampaikan sijil perkhidmatan cemerlang bomba bagi tahun 2026 kepada penerima sijil sambil disaksikan oleh Jamri dan Tiong Ling Hii pada majlis berkenaan, hari ini.

Bagi Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), katanya seramai 615 anggota atau 66 peratus daripada 935 perjawatan telah diisi, dengan 320 kekosongan, manakala 100 anggota baharu kini sedang melalui proses pentauliahan sebelum ditempatkan di balai berkaitan.

“Sementara itu, Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) masih memerlukan 327 anggota untuk mengisi daripada keseluruhan 1,782 perjawatan di seluruh negara.

TAHNIAH… Ahmad menyampaikan sijil perkhidmatan cemerlang bomba bagi tahun 2026 kepada penerima sijil sambil disaksikan oleh Jamri dan Tiong Ling Hii pada majlis berkenaan, hari ini.

“Dalam pasukan lain, Unit Motosikal Tindak Balas Pantas (RIM) JBPM merekodkan 23 kekosongan daripada 315 perjawatan, manakala Unit Pengesan K9 masih memerlukan 10 anggota, dengan lapan di Kuala Lumpur serta seorang masing-masing di Sarawak dan Sabah,” katanya.

Nor Hisham berkata usaha mempercepatkan pengambilan dan penempatan anggota sedang dijalankan secara berperingkat, dengan sasaran melengkapkan keanggotaan menjelang tahun depan.

TAHNIAH… Ahmad menyampaikan sijil perkhidmatan cemerlang bomba bagi tahun 2026 kepada penerima sijil sambil disaksikan oleh Jamri dan Tiong Ling Hii pada majlis berkenaan, hari ini.

Dalam usaha meningkatkan kecekapan operasi pula, katanya jabatan turut menumpukan perhatian kepada pemodenan aset logistik.

“Sebanyak 160 Kenderaan Operasi Ringan (LOV) dijangka diterima dalam tempoh terdekat, dengan Sarawak disenaraikan sebagai antara negeri yang menerima agihan terbesar.

“Keselamatan anggota juga diberi keutamaan melalui perolehan ribuan pakaian perlindungan khas yang memenuhi piawaian antarabangsa.

Pada masa sama, kebajikan anggota diperkasakan menerusi projek penyelenggaraan kuarters yang melibatkan ratusan kediaman di seluruh negara.

“Di Sarawak sahaja, lebih 100 unit kuarters dikenal pasti untuk dinaik taraf di bawah peruntukan khas kerajaan,” ujarnya.

Selain itu, kata Nor Hisham, dana tambahan turut disalurkan bagi meningkatkan kemudahan di balai bomba, termasuk aspek rekreasi, sukan dan keselamatan, sekali gus mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif kepada anggota.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran, dan Timbalan Pengarah JBPM Sarawak, Tiong Ling Hii.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka