JBPNS bincang pembukaan Bazar Ramadan dan Aidilfitri

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBPNS) akan mengadakan mesyuarat minggu hadapan mengenai kebenaran pembukaan bazar Ramadan di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pihaknya akan membincangkan perkara berkenaan minggu hadapan kerana Kerajaan Persekutuan sudah menyediakan prosedur operasi standard (SOP).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan pusat meluluskan pembukaan bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, pada sidang media perkembangan Covid-19 di sini, hari ini.

Terdahulu pada 16 Mac lalu, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penurunan kes harian Covid-19 mendorong kerajaan meluluskan pembukaan bazar termasuk kebenaran bersolat tarawih di surau serta masjid.

Menurut Sabri, ia di buat selepas mendapat pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun pelaksanaan semua aktiviti berkenaan perlu mematuhi SOP yang ketat.

Suara Sarawak