ARTIKEL

Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

JC Fong: Saya kehilangan kawan sejati

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: “Saya kehilangan kawan sejati yang merupakan pemimpin hebat,” kata bekas Peguam Besar Sarawak, Datuk Sri JC Fong.

Penasihat undang-undang negeri itu sangat berducita atas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri yang juga Ketua Menteri paling lama Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Dalam meluahkan kesedihannya, Fong mengimbas kembali bagaimana Tun Taib memberi beliau peluang untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

“Saya pertama kali bekerja dengan Tun Taib pada tahun 1983 semasa bertugas sebagai peguam swasta.

“Tun Taib sememangnya mempunyai pengetahuan yang arif tentang undang-undang dan mahu ia digunakan sebaik mungkin bagi memudahkan pembangunan negeri.

“Dalam masa yang sama, beliau juga mahukan undang-undang dipatuhi dan dikuatkuasakan dengan tegas tetapi adil,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

Justeru ujar Fong, menjadi satu penghormatan, keistimewaan dan kebanggaan kepada beliau kerana berpeluang berkhidmat untuk negeri ini di bawah kepimpinan Tun Taib.

“Bapa Sarawak moden ini pasti akan sentiasa diingati serta sangat dirindui oleh rakyat kerana beliau adalah sosok penting yang memulakan transformasi ekonomi, sosial dan politik negeri dengan ‘politik pembangunan’.

Baca lain  Ular sawa sembunyi atas siling rumah

“Di samping mewariskan kepimpinan cemerlang kepada pemimpin hari ini, termasuk mendidik Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam meneruskan perjuangan serta perjalanan transformasi Sarawak.

“Di samping memelihara keharmonian kaum dan agama,” jelasnya.

Allahyarham Tun Taib meninggal dunia kira-kira 4.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan dijangka tiba di Kuching pada petang ini.

Sementara, penghormatan terakhir terhadap tokoh berusia 87 tahun itu akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari esok.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

Adun Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi