JDT ikat dua tonggak Perak

KETUA pasukan Perak FC Mohd Shahrul Mohd Saad dan penyerang utama Guilherme de Paula sah menyertai juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk baki saingan musim ini.

Kedua-dua pemain itu diumumkan sebagai pemain terbaru skuad Harimau Selatan dalam satu hantaran di laman Twitter rasmi @OfficialJohor.

Mereka merupakan dua pemain pertama ditandatangani JDT pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M) bermula Isnin lepas dan dijadualkan berakhir pada 29 Mei ini.

Kehadiran de Paula, 34, yang juga pemain naturalisasi negara akan menambah pilihan di bahagian jentera serangan pasukan itu di mana posisi penyerang kini digalas pemain import dari Brazil Bergson da Silva selain pemain kebangsaan Muhammad Syafiq Ahmad.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 Mei 2021

Suara Sarawak