ARTIKEL

JDT lanjut kontrak Arif Aiman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOHOR BAHRU: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melanjutkan  kontrak bintang muda sensasi, Arif Aiman Mohd Hanapi.

Bagaimanapun, JDT menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers semalam, tidak mendedahkan tempoh kontrak baharu pemain sayap berusia 21 tahun itu.

“Kelab Bolasepak JDT dan Arif Aiman telah melanjutkan kontrak selepas musim 2023 yang mengagumkan, di mana pemain muda itu menjaringkan sebanyak 24 gol dan melakukan 19 bantuan jaringan,” menurut hantaran itu.

Menurut hantaran itu, Arif Aiman yang memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai pada musim 2021 dan 2022, melakukan debut dengan skuad senior pada Mac 2020. 

Sebelum itu, Arif Aiman menyertai Akademi JDT pada 2018 sebelum dinaikkan pangkat daripada pasukan JDT IV, JDT III dan JDT II hingga ke skuad senior. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais