ARTIKEL

JDT masih sambung kontrak Arif Aiman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOHOR BAHRU: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melanjutkan kontrak bintang muda sensasi, Arif Aiman Mohd Hanapi.

Bagaimanapun, JDT menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers hari ini, tidak mendedahkan tempoh kontrak baharu pemain sayap berusia 21 tahun itu.

“Kelab Bolasepak JDT dan Arif Aiman telah melanjutkan kontrak selepas musim 2023 yang mengagumkan, di mana pemain muda itu menjaringkan sebanyak 24 gol dan melakukan 19 bantuan jaringan,” menurut hantaran itu.

Menurut hantaran itu, Arif Aiman yang memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai pada musim 2021 dan 2022, melakukan debut dengan skuad senior pada Mac 2020.

Sebelum itu, Arif Aiman menyertai Akademi JDT pada 2018 sebelum dinaikkan pangkat daripada pasukan JDT IV, JDT III dan JDT II hingga ke skuad senior.– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU