ARTIKEL

JDTL Downtown Kampung Seberang diserbu orang ramai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI


Orang ramai berbaris panjang untuk mendapatkan barangan JDTL di tapak Downtown Sarikei.

SARIKEI : Sambutan luar jangka. Itu yang dapat digambarkan dalam Program Jualan Terus Dari Ladang (JDTL) di tapak Downtown Kampung Seberang yang diserbu orang ramai, petang semalam.

Malah penduduk sanggup berbaris panjang untuk mendapatkan barangan keperluan masing-masing meskipun dalam keadaan cuaca yang kurang mengizinkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Tertinggi Downtown Allif Omar Yunus berkata, program itu dianjurkan dengan kerjasama  Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Katanya, ia merupakan salah satu inisiatif mereka untuk mengurangkan beban rakyat yang terkesan berikutan peningkatan kos sara hidup.

“Program ini juga memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan produk segar pada kadar harga yang munasabah dan berpatutan.

“Kita amat bersyukur, orang ramai memberikan respon yang cukup menggalakkan untuk membeli hasil pertanian yang jual pada kadar harga lima hingga 10 peratus,” katanya kepada media.

Allif berkata, program yang melibatkan penjaja kecil sekitar Sarikei itu memberi ruang pasaran tambahan dan meningkatkan pendapatan peserta.

Selain menawarkan harga murah katanya, jualan itu juga membuka peluang kepada peniaga untuk mempromosikan produk masing-masing.

“Sambutan baik ini menyuntik semangat kita untuk meneruskan penganjurannya pada masa akan datang. Dalam perancangan. kita mungkin mengadakannya sebulan sekali.

” Langkah ini serba sedikit membantu meringankan perbelanjaan orang ramai  terutamanya pada pertengahan bulan,” katanya.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit