BAGI generasi era 60-an dan meminati Pop Ye-Yeh, nama Dato’ Jeffrydin mungkin tidak asing dikalangan peminat.
Sempena Agenda Warisan Pintar Old Kuching, Dato’ Jeffrydin bakal menemui peminat pada 30 Mac ini di Tebingan Kuching.
Dato’ Jeffrydin antara lagenda pop ye-yeh setanding dengan Allahyarham A. Ramlie dimana beliau pernah menjadi kegilaan peminat sehingga pernah diserbu oleh peminat.
Lagu ‘Kenangku’ antara lagu terkenal Dato’ Jeffrydin yang mendapat tempat di hati peminat dimana masih dinyanyikan sehingga sekarang.
Dato’ Jeffrydin penyanyi kelahiran Singapura memulakan karier sebagai penyanyi apabila memasuki pertandingan menyanyi dan menjadi juara sekitar 1962.
Beliau pernah bertanding pula dalam pertandingan kugiran seluruh Singapura 1964 dan berjaya menyandang juara selama tiga tahun berturut-turut.
Dato’ Jeffrydin juga pernah menghasilkan lebih daripada 30 buah album dan juga pernah menyertai kumpulan The Siglap Five yang terkenal dengan irama muzik Pop Ye-yeh.
Antara lagu yang terkenal oleh kumpulan The Siglap Five seperti Kenangan-Ku, Seruling Anak Gembala, Seruling Bambu dan Berjanji.
Beliau bertemu jodoh dengan Rashidah Abdullah dan dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Raden Arjuna Mirko, 26, Raden Wira Sukma, 20, serta Raden Ratna Sari Dewi, 15.
Peminat irama muzik Pop Ye-yeh jangan melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan Dato’ Jeffrydin pada 30 Mac ini di konsert sempena Agenda Warisan Pintar Old Kuching.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Perhubungan Awam DBKU di talian 082-512200.