ARTIKEL

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan

Jejaki rakyat Malaysia di luar negara untuk dibawa pulang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Wisma Putra sentiasa komited membantu menjejaki rakyat Malaysia yang dilaporkan “hilang” di luar negara untuk dibawa pulang ke tanah air menerusi pelbagai kaedah dan saluran, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata bagaimanapun, agak sukar bagi pihaknya mengesan individu berkenaan sekiranya mereka sendiri membuat pilihan untuk tidak mahu dikesan atau sengaja “menghilangkan diri”.

Mohamad berkata, selain menjalinkan hubungan diplomasi antara negara, menjadi tugas Wisma Putra untuk menguruskan dan mengambil tahu hal ehwal rakyat Malaysia di luar negara.

“Masalahnya kadang-kadang, mereka tidak mahu diketahui berada di negara terbabit.

Jadi bagaimana kita nak buat kerja, sekurang-kurangnya keluarga tahu mereka ada di mana dan boleh menghubungi kami (untuk bawa pulang), jadi tak timbul soal Wisma Putra tak ambil tahu.

“Kita ada banyak saluran dan hubungan. Kita boleh guna macam-macam sumber termasuk kedutaan negara terlibat di sini, polis dan Interpol, macam-macam kita boleh buat tapi kalau dah tak tahu, mustahil untuk kita kesan dan beri pertolongan apa jua yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Inisiatif Kampung Angkat MADANI dan Ibadah Korban 1445H/2024 Kementerian Luar di Dewan Orang Ramai Kampung Kanchong, Rantau di sini semalam.

Media baru-baru ini melaporkan seorang ibu berusia 77 tahun dari Kulai, Johor memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk mengesan anak sulungnya selepas dilaporkan hilang sejak 36 tahun lepas tanpa khabar berita selepas menamatkan pengajian di University of Southwestern Louisiana, Amerika Syarikat.

Mohamad turut menasihatkan supaya rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk mendaftar dan memaklumkan kehadiran mereka kepada kedutaan atau pesuruhjaya tinggi di negara berkenaan.

“Mereka mesti berhubung, mendaftar, menghubungi kedutaan supaya kita tahu di negara itu ada sejumlah rakyat Malaysia yang belajar dan bekerja serta bermastautin, tinggal atau menjadi penduduk tetap,” katanya.

Mengenai program terbabit, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau itu berkata, ia merupakan aktiviti turun padang pegawai kanan kementerian untuk menyantuni masyarakat, selain mengenal pasti permasalahan atau kemudahan kampung yang perlu dinaik taraf. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

Sean Lee kahwin senyap-senyap

PELAKON Sean Lee membuat kejutan mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya yang juga model, Bay Doucet. Perkara tersebut dikongsikan Sean menerusi Instagramnya dengan meninggalkan beberapa

Ingin kasih sayang ibu

KASIH sayang seorang ibu secara tidak langsung membentuk perkembangan mental dan fi zikal individu. Kasih sayang ibu memberikan rasa aman dan keselesaan, membantu serta membangun