ARTIKEL

Jejambat runtuh tiga maut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Tiga terkorban manakala dua lagi cedera selepas jejambat di timur China runtuh dan menghempap beberapa kenderaan, menurut pegawai pada Jumaat.

Video yang dimuat naik dalam talian menunjukkan jejambat di wilayah Jiangsu bergoyang sebelum jatuh dan menghempap kenderaan yang melalui bawah jejambat terbabit.

Sementara itu, klip video di Twitter Weibo menunjukkan seorang pemandu kenderaan tiga roda hampir dihempap jejambat berkenaan, namun sempat melarikan diri.

Pihak berkuasa Wuxi berkata, jejambat itu runtuh selepas sebuah trak terlebih muatan melalui  kawasan terbabit.

Tiga kenderaan yang diletakkan di tepi jejambat turut dihempap jejambat itu, manakala tiga maut ketika kenderaan bergerak melalui jejambat terbabit.

Insiden kemalangan jalan raya dan pembinaan adalah perkara biasa di China. Pada Februari 2018, sekurang-kurangnya lapan maut di kawasan Foshan, wilayah Guangdong apabila kebocoran air di dalam tapak pembinaan stesen kereta api bawah tanah menyebabkan jalan utama itu runtuh. – AFP

YouTube player

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil