Jejas imej PDRM, Kadaram Kondan diharamkan di M’sia

FILEM aksi terbaharu Tamil berjudul Kadaram Kondan mendapat sambutan mengalakkan di India.

Namun filem ini tidak mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk ditayangkan di Malaysia menurut pengedar filem, Lotus Five Star.

Ia berikutan filem tersebut menunjukkan jalan cerita yang menjejaskan imej pasukan polis Malaysia (PDRM).

Sebelum ini, filem lakonan aktor terkenal ‘Chiyaan’ Vikram itu digemparkan tiada tayangan di Malaysia kerana tajuknya yang dikatakan membawa maksud Penaklukan Negeri Kedah.

Bagaimanapun, filem ini bukanlah filem sejarah tetapi merupakan filem aksi.

Menurut pengerusi LPF, Mohd Zamberi berkata, “Jika sekadar adegan sahaja, kita boleh potong yang memberi lulusan.

“Tetapi sepanjang jalan cerita filem menjejaskan imej polis Malaysia.

“Sekiranya kita potong terlalu banyak adegan dan memberi kelulusan tayangan, nanti orang tidak faham,” jelasnya.

Filem tersebut menggambarkan PDRM sebagai pegawai tidak bertanggungjawab dengan menerima rasuah dan terdapat adegan yang boleh membuat tanggapan tidak tepat serta mengelirukan terhadap pasukan penguatkuasaan Malaysia ini.

Kadaram Kondan merupakan filem terbitan pelakon legenda India, Kamal Haasan.

Filem arahan Rajesh M Selva ini turut dibintangi pelakon kelahiran Sarawak, Jasmine Kaar yang melakonkan watak antagonis utama.

Penggambaran Kadaram Kondan 90 peratus dilakukan di Malaysia, dan sedang hangat ditayangkan di pawagam di seluruh dunia.

Iklan Komersial

Suara Sarawak