ARTIKEL

Aaron (duduk tengah) bergambar bersama pegawai lain selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersama Menteri Perpaduan Negeri Sabah dan Sarawak serta Exco-Exco Perpaduan Negeri (MExUnity) yang pertama bagi tahun 2024 di Johor Bharu, hari ini.

Jelajah Belia Rukun Negara seluruh negara dari Julai-Disember 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kementerian Perpaduan Negara akan melaksanakan Jelajah Belia Rukun Negara bermula Julai hingga Disember 2024 di seluruh negara melibatkan 1,200 peserta.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata jelajah ini akan dilaksanakan di sebanyak enam zon yang terdiri daripada Zon Tengah melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Zon Utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak), Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan), Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang), Zon Sarawak serta Zon Sabah membabitkan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata majlis pelancaran dijadualkan pada Julai akan datang di Zon Tengah.

“Matlamat utama jelajah ini adalah untuk membentuk kemenjadian belia yang menjiwai Rukun Negara secara holistik demi mencapai masyarakat progresif di samping mengiktiraf peserta sebagai Duta Rukun Negara.

“Manakala, inisiatif Harmoni MADANI adalah bertujuan menyebarluaskan prinsip asas integrasi nasional, iaitu ‘Faham’, ‘Hormat’ dan ‘Terima’, khususnya terhadap perkara-perkara yang melibatkan isu-isu berkaitan hubungan antara penganut pelbagai agama.

“Usaha-usaha yang dibincangkan ini bermatlamat ke arah pencapaian pembudayaan masyarakat MADANI yang menjadi aspirasi Kerajaan,” jelasnya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersama Menteri Perpaduan Negeri Sabah dan Sarawak serta Exco-Exco Perpaduan Negeri (MExUnity) yang pertama bagi tahun 2024 di Johor Bharu, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memohon jasa baik semua negeri untuk mengadakan program ‘signature’ perpaduan sendiri yang akan disokong penuh oleh Kementerian Perpaduan Negara.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas pelaksanaan program ‘signature’ perpaduan pada peringkat negeri, seperti Pesta Angin Timur di Perlis, Pertandingan Pidato Rukun Negara di Melaka, Program Gagasan Rumpun Selangor di Selangor, Pertandingan Dikir Barat Perpaduan di Kelantan, ‘Unity Camp Fire’ di Pahang, dan Program Silang Budaya di Johor.

Pada masa sama, Aaron menzahirkan harapan agar semua barisan EXCO terus menyokong pelaksanaan program perpaduan bagi memperkukuh penyatupaduan masyarakat pelbagai kaum selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan masa kini.

Beliau turut menekankan bahawa ia adalah penting untuk meningkatkan komitmen dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri demi kepentingan rakyat dan negara Malaysia agar perpaduan nasional tetap menjadi agenda utama dalam sanubari setiap rakyat negara ini.

Sementara itu, menurut kenyataan kementerian berkenaan lagi, MExUnity dianggotai barisan Exco Perpaduan Negeri dan Exco Hal Ehwal Agama Selain Islam, dan merupakan platform perbincangan usaha pengukuhan perpaduan, termasuk aspek perancangan dan pelaksanaan program perpaduan pada peringkat negeri.

Antara perkara utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah inisiatif pemerkasaan Rukun Tetangga (RT) sebagai Penggerak Komuniti Progresif, Jelajah Belia Rukun Negara dan Inisiatif Harmoni MADANI.

Peranan RT sebagai penggerak, pengantara penting dan penjalin hubungan (‘bridge builder’) dalam masyarakat memerlukan lonjakan transformasi melalui landskap pembangunan yang dipacu oleh komuniti.

Justeru, antara inisiatif kementerian bagi mencapai matlamat ini adalah dengan memperkasakan peranan RT sebagai penggerak komuniti progresif.

Sekurang-kurangnya 116 buah RT dari seluruh negara telah dikenal pasti sebagai Model RT Progresif yang bertujuan membantu menoktahkan kemiskinan secara berfasa pada peringkat komuniti di mana terdapat sebanyak 19 RT di Sabah, 12 RT di Kelantan, 12 RT di Perak dan selebihnya di negeri lain, menurut kenyataan itu lagi.

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual