Jelajah Lambaian Kaabah Andalusia di Sibu

JELAJAH Lambaian Kaabah Ke-15 dan Karnival Geng Masjid di Masjid an-Nur Sibu, Program dua hari bermula semalam, 28 September anjuran agensi pelancongan terkenal Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd bersama-sama Masjid an-Nur Sibu, menawarkan pelbagai program menarik.

Antara aktiviti diadakan ialah gerai jualan, forum, pameran umrah, bola sepak jalanan, pelancongan Islami, pertandingan azan, pertandingan mewarna termasuk program superhero.

Seramai 164 kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna, manakala pertandingan azan disertai 22 peserta dan 53 kanak-kanak menyertai Pertandingan Beyblade. Selain, Sibu, Andalusia mengadakan karnival serupa di tiga lokasi pada minggu ini iaitu di Masjid Kampung Raja Uda Klang dan Masjid Tengku Mahkota Abdullah Rompin.

Perasmian karnival di Sibu dirasmikan oleh Adun Nangka Dr Haji Annuar Haji Rapaee. Turut mengiringi ialah Datuk Haji Md Daud Che Ngah Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd serta Pengerusi Masjid an-Nur Sibu Tuan Haji Latif.

Turut berlangsung pada program ini ialah Kursus Umrah Perdana disampaikan oleh ikon Haji dan Umrah Malaysia, Md Daud sendiri.

Pada program jelajah ini, hadirin yang ingin mendaftar ibadah umrah perlu membayar yuran RM50 sahaja, selain mendapatkan diskaun umrah RM100.

Hadirin turut berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah berupa pakej ibadah umrah, barangan elektrik serta hamper dan layak mendapat air zam-zam percuma.

Suara Sarawak