ARTIKEL

Michael Tiang (tengah) dan Chang Kee (dua kiri) semasa menyempurnakan perasmian Larian Baton SUKMA dan PARA SUKMA XXI Sarawak 2024 di Bahagian Sibu hari ini. - Foto: UKAS

Jelajah Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 sampai ke Bahagian Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) kini semakin dirasai dengan jelajah Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang diteruskan ke Bahagian Sibu, hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Micheal Tiang, hadir bagi merasmikan program tersebut.

Sementara itu, acara pelepasan peserta pula disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek, bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA XXI Sarawak 2024, Datuk Hii Chang Kee.

Larian yang melibatkan seramai 500 peserta di Dataran Tun Tuanku Bujang itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran ikon-ikon sukan dan bekas atlet Bahagian Sibu yang diketuai Jessica Lau Kiu Ee serta yang lain, antaranya Wong Liong Khiong, Lim Hoon Eng, Gilbert Cassedy Gawing, Mohamad Zamry, Thoo Sue Lan dan Vinton Javed.

Orang ramai yang hadir turut menyertai senamrobik, Sarawak X-Tive, pameran SUKMA dan pertandingan mewarna logo SUKMA.

Bahagian Sibu telah dipilih sebagai lokasi bagi penganjuran pertandingan badminton, bola sepak dan bola tampar.

Pada keesokan hari, Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 akan diteruskan ke Bahagian Kapit.

Pada SUKMA tahun ini, 488 acara melibatkan 37 jenis sukan akan dipertandingkan dalam temasya kali ini yang terbahagi kepada 236 acara kategori lelaki, 217 acara wanita dan 35 acara campuran.

Temasya sukan dwitahunan ini dijangka menghimpunkan seramai 12,619 atlet dan pegawai dari semua negeri yang bertanding.

Ikon sukan, Jessica Lau (tiga kiri), menyerahkan Baton SUKMA kepada Michael Tiang (tengah). – Foto: UKAS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU