Trending

Jelitawan Bumi Kenyalang Juara Queen of Universe Tourism 2023 di Filipina

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BERSAING dalam pertandingan Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa 2023 (Queen of International Tourism 2023) menjadi pengalaman yang sangat menakjubkan kata Shirlyn Sarina Hendry.

Jelitawan Bumi Kenyalang yang mewakili Malaysia itu dinobatkan sebagai juara Queen of Universe Tourism 2023 di Filipina, baru-baru ini. 

Menurut Shirlyn, perjalanan memenangi gelaran Queen of Universe Tourism 2023 semestinya datang dengan penuh cabaran. 

Tetapi dengan ketabahan dan kecekalan, dia terus mara bersaing dan mendapat gelaran tersebut.

“Pertandingan ratu cantik semestinya melalui persaingan hebat daripada peserta berbakat dan jelita dari seluruh dunia.

“Untuk mempersiap diri, saya perlu bekerja keras dan meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang, seperti pengucapan awam, peragaan, dan kesedaran budaya,” katanya kepada Suara Sarawak. 

Ujarnya yang berketurunan Lun Bawang Bario Miri, bukan perjalanan mudah kerana perlu mengimbangi kerja, pengajian pascasiswazah dan persiapan pertandingan dengan memberi komitmen sepenuh masa.

Bagaimanapun, dengan semangat, dedikasi, fokus serta berorientasikan matlamat, Shirlyn berjaya menamatkan pengajian MBA dalam masa setahun untuk terus mengekalkan kerjaya dan latihan persiapan pertandingan tersebut. 

“Walaupun memenatkan, saya tetap fokus dan berdedikasi memberi persembahan terbaik dalam setiap tugasan. 

“Memenangi gelaran itu bukan sahaja pencapaian terbesar diri saya dalam pertandingan ratu cantik, tapi saya juga berpeluang mewakili Malaysia mempromosikan keindahan budaya dan industri pelancongan Malaysia di mata dunia,” katanya.

Mengimbas kembali pengalaman itu, Shirlyn bersyukur kerana diberi peluang bersaing dan mempamerkan bakat di pentas antarabangsa.

“Kesusahan menjadikan saya lebih kuat dan lebih berazam untuk berjaya. Tonggak kekuatan saya ialah tuhan dan keluarga. 

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang percaya kepada saya dan menyokong perjalanan saya terutama kepada sahabat dan Pengarah Festival Borneo Antarabangsa Edisi Sarawak Dr. Darren Augustine.

BANGGA PROMOSI MALAYSIA

“Terima kasih kepada pereka fesyen Abe Amir Collection atas dedikasi mereka yang turut hadir menyokong dan saya bangga berpeluang memperaga koleksi mereka untuk kostum kebangsaan dan gaun malam,” ujarnya.

Pentas akhir pertandingan diadakan di Pagsanjan, Laguna di Filipina pada 26 April lalu dengan sokongan dan kunjungan kehormat Datuk Bandar Cesar V. Areza dan isteri, Lolit Areza.

Difahamkan seramai 25 peserta dari pelbagai negara menyertai pertandingan Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa2023.

Antaranya, Malaysia, India, Bulgaria, Afrika Selatan, Filipina, Filcom UAE, Ghana, Myanmar, Sudan dan Sri Lanka. 

Manakala sebanyak empat kategori utama dipertandingkan iaitu Queen of International Tourism 2023 dimenangi oleh Anjel Mareena Tirky (India), Queen of Universe Tourism 2023 (Malaysia), Queen of World Tourism 2023 dimenangi oleh Ivelina Ivanova (Bulgaria) dan Queen of International Tourism Ambassador dimenangi oleh Farren Jacobs (Afrika Selatan).

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Malam Kesenian Islam

Malam Kesenian Islam pada tahun ini membuka tirainya dengan acara

IPG BERSELAWAT

INSTITUT Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL) mengadakan Program Majlis

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru