ARTIKEL

Jemaah haji menunaikan ibadah melontar Jamrah Kubra di Mina, sebagai simbolik merejam syaitan.

Jemaah haji lakukan ibadah melontar pada hari pertama Tasyriq

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MINA: Pada hari kedua Aldiladha atau hari pertama Tasyriq, jemaah haji di Mina memulakan ibadah melontar batu di Jamarat, yang melibatkan lontaran batu kecil pada tiga tiang.

Ibadah melontar dimulakan dengan Jamarat Al-Oula (tiang kecil), diikuti dengan Jamarat Al-Wusta (tiang tengah) dan akhirnya Jamarat Al-Aqaba (tiang besar), mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad (SAW), lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Pelbagai laluan disediakan di pelbagai tingkat kemudahan Jamarat untuk mengatur dan memastikan aliran jemaah yang ramai berjalan lancar.

Struktur berbilang tingkat yang inovatif ini direka untuk mengagihkan jemaah dengan cekap semasa ibadah melontar.

Jambatan pejalan kaki menghubungkan Jamarat dengan Al-Mashaaer Al-Mugaddassah Metro Line dan kem jemaah di Mina, memudahkan pergerakan yang selamat dan mudah.– BERNAMA-SPA

BERITA LAIN

Sukan Olimpik cipta peluang pekerjaan

PARIS: Sukan Olimpik Paris menetapkan piawaian baharu dan meningkatkan piawaian antarabangsa sedia ada dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)

China tubuh Pusat Kajian Inisiatif Keselamatan Global

BEIJING, China: Majlis pelancaran Pusat Kajian Inisiatif Keselamatan Global (GSI) berlangsung di sini pada Khamis lepas serentak dengan penyiaran laporan tentang kemajuan pelaksanaan inisiatif tersebut.

BERITA TERBARU