ARTIKEL

Jemaah haji TH disaran patuhi peraturan Arab Saudi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG: Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa mengingatkan jemaah haji di bawah pengurusannya untuk mematuhi setiap peraturan baharu yang dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang masalah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ia termasuk yang terbaharu iaitu penguatkuasaan penalti sebanyak 10,000 Riyal (SAR10,000) bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji seperti memasuki tujuh kawasan tanpa permit haji di negara itu.

Beliau berkata kursus TH yang diadakan untuk bakal jemaah haji sebelum ini turut menekankan peraturan yang dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Yang ini (penalti) adalah terkini dan TH telah memaklumkan (kepada jemaah haji). Kita juga ingatkan mereka untuk menjaga imej negara serta patuhi peraturan yang dikenakan.

“Dalam konteks TH, ini yang kita harapkan sebab mereka pergi secara berjemaah, kalau keluar bersendirian jangan sampai termasuk kawasan larangan, jadi peringatan itu sentiasa diberikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan kumpulan pertama jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini tengah malam ini.

Menerusi infografik yang dikongsikan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi di platform X, tujuh kawasan terbabit ialah Makkah, Wilayah Tengah, Masyair, Stesen Keretapi Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.

Penalti akan berkuat kuasa dari 2 hingga 20 Jun 2024 dan kementerian itu memaklumkan SAR10,000 akan dikenakan ke atas semua individu termasuk warganegara, pemastautin serta pengunjung yang ditangkap di dalam kawasan tersebut tanpa permit haji.

Selain itu, individu bukan warganegara yang ditangkap akan diusir ke negara asal dan dilarang memasuki Arab Saudi untuk tempoh yang termaktub dalam undang-undang.

Terdahulu, Mohd Na’im bersama pengurusan TH meluangkan masa menyantuni jemaah haji yang berlepas ke Tanah Suci tengah malam ini.

Kumpulan pertama itu, yang terdiri daripada 282 jemaah haji Malaysia, berlepas ke Tanah Suci dengan penerbangan Malaysia Airlines.

Penerbangan Malaysia Airlines MH8050 dari KLIA Terminal 1 itu berlepas pada 12.05 tengah malam ini dan dijangka tiba di Lapangan Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 3.50 pagi waktu tempatan.– BERNAMA

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya