ARTIKEL

Jemputan Ke Neraka kisah pembalasan dendam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Membaca tajuknya sahaja sudah cukup menarik perhatian penonton untuk mengetahui lebih lanjut tentang filem ini.

Jemputan Ke Neraka ialah sebuah fi lem bergenre seram dan psiko — fi lem pertama arahan pengarah, Amor Rizan dan diterbitkan oleh Datin Anne Ngasri menerusi syarikat produksinya, AN Universal. 

Dibintangi pelakon hebat seperti Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Aleza Shadan Jasper Supayah, Nick Syaf, Hariz Hamdan, Wafariena dan Amy Nurtinie. 

Kisahnya, bermula apabila tiga pasangan diundang ke majlis perkahwinan rakan sekolah mereka iaitu Lisa (Jasper Supayah). 

Perkahwinan itu diadakan di sebuah vila yang terletak di dalam hutan jauh dari bandar.

Setibanya mereka di sana, mereka terkejut kerana tiada tetamu lain berada di majlis itu biarpun persiapan majlis perkahwinan tersedia. 

Kekalutan mula melanda apabila Ivy lakonan Janna Nick terjumpa mayat Lisa yang tergantung di dalam bilik lengkap berpakaian pengantin dan dilumuri darah.

 Ivy merupakan kawan Lisa sewaktu mereka belajar di universiti.

Manakala tunangnya iaitu Norman (Hafreez Adam) ialah kawan sekolah Lisa. 

Ketika mayat Lisa ditemukan, mereka turut terjumpa gambar gadis yang merupakan rakan sekolah mereka.

Gambar itu merupakan petunjuk kepada apa-apa yang terjadi ketika itu.

Mereka cuba untuk beredar dari vila berkenaan, namun kesemua kereta tidak dapat dihidupkan dan mereka terpaksa bermalam di vila berkenaan. 

Jemputan Ke Neraka merupakan sebuah fi lem tentang pembalasan dendam. 

Salina sebenarnya mangsa buli ketika di sekolah sehingga membunuh diri. Rania memberitahu Ivy bahawa Lisa ialah pembuli Salina kerana cemburu.

Salina mendapatkan lebih perhatian ketika di sekolah tapi apa kaitan kematian Salina dengan Rania, Norman, Adam dan Sofea?

Filem Jemputan Ke Neraka boleh disaksikan di platform Netfl ix.

LAIN-LAIN BERITA

Lee Dong Wook kenang kisah lama

MENERUSKAN kerjaya di tengah-tengah persaingan sengit dalam industri hiburan Korea Selatan bukanlah perkara mudah bagi artis baharu, termasuk Lee Dong Wook.  Dong Wook berkongsi pengalaman

Song Hye Kyo biarawati Dark Nuns

Pelakon Korea Selatan, Song Hye Kyo kembali ke dunia lakonan dengan membintangi fi lem Dark Nuns.  Selain Hye Kyo, terdapat bintang lain seperti Vincenzo Jeon

Stylo Fest 23 hingga 25 Februari

STYLO FEST diadakan di Penview Convention Centre (PCC) Demak, Kuching bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam pada 23 hingga 25 Februari ini. Acara ini

Azhan Rani sertai misi pendakian amal

Pelakon, Azhan Rani teruja memulakan misi pendakian amal SAR Ahsana ke Island Peak and Everest Base Camp (EBC) di Nepal bermula Ahad hingga 13 Mac

Afieq Shazwan kemalangan di Krabi

PELAKON Afieq Shazwan memaklumkan dirinya terlibat dalam kemalangan sewaktu tiba di Krabi, Thailand baru-baru ini menerusi muat naik status di Instagram story miliknya. Bagaimanapun, Afi

Uhm Jung Hwa masih bujang

UHM JUNG HWA baru-baru ini muncul dalam rancangan bual bicara Lee So Ra di saluran YouTube dengan mendedahkan banyak perkara tentang kerjaya dan hubungan percintaannya.

BERITA TERBARU

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun