Jemputan ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina PDP Sabtu ini

BINTULU: Semua lapisan masyarakat di bahagian ini dijemput untuk menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parti Demokratik Progresif(PDP) dan Ahli Parlimen Bintulu Dato’ Seri Tiong King Sing  pada Sabtu ini bertempat di Dewan Suarah Bintulu.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg dan isteri, Datin Amar Hajah Jumaani Tuanku Haji Bujang dijangka tiba pada jam 10 pagi untuk sama- sama menghadiri serta memeriahkan acara tahunan terbesar yang telah diadakan sejak tahun 2000.

Tuan Yang Terutama(TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri,Toh Puan Dato’ Sri Ragad Kurdi Taib dijangka hadir.

Hadir sama mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah.

Rumah Terbuka TBC anjuran PDP dan Tiong itu akan bermula dari jam 9 pagi hingga 1 petang hari berkenaan yang antara lain bertujuan mengeratkan hubungan di kalangan rakyat berbilang bangsa, agama dan latarbelakang budaya disamping sebagai platform untuk mendekatkan diri dengan masyarakat di bahagian ini, amnya, sekaligus berkongsi kemeriahan sambutan TBC.

Persembahan kebudayaan dan nyanyian dari pelbagai suku kaum dan etnik akan turut dipersembahkan untuk hiburan dif- dif kenamaan, tetamu jemputan dan orang ramai yang mengunjungi rumah terbuka TBC tersebut.

Suara Sarawak