Trending

Jenama kasut PALLAS dan YKN agih sumbangan kepada pelajar B40

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

LUNDU: Seramai 70 orang pelajar Tingkatan 1 yang tergolong dalam keluarga B40 di kawasan Tanjong Datu menerima sumbangan bantuan untuk persediaan ke sekolah.

Antara barangan yang disumbangkan kepada pelajar termasuk kasut sekolah oleh pengeluar jenama PALLAS dan kalkulator saintifik daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Ahli Parlimen Santubong merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, inisiatif tersebut sangat baik dalam meringankan beban keluarga.

“Program seperti ini dilihat dapat membantu mengurangkan bebanan ibu bapa serta memberi suntikan semangat kepada para pelajar.

“Justeru, kita akan sedaya upaya berusaha dalam memastikan pendidikan anak-anak kita sentiasa mendapat perhatian sewajarnya dalam melahirkan para pelajar yang lebih cemerlang, kreatif dan holistik,” katanya, hari ini.

Tambahnya, menjadi tumpuan beliau sebagai wakil rakyat di Parlimen Santubong untuk memperkasa pendidikan anak-anak terutamanya golongan B40 melalui pelbagai program yang telah dianjurkan.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif YKN Nordina Haron, Pengurus Pembangunan Perniagaan Kasut Pallas Brandon Heng Hong Jie dan lain-lain.

Selain Lundu, sumbangan yang sama turut diagihkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuching dan Padawan seramai 230 orang menjadikan jumlah penerima sumbangan sebanyak 300 orang.

GEMBIRA… Nancy dan lain-lain bergambar bersama-sama para pelajar, sambil mereka tersenyum memegang kotak kasut dan kalkulator baharu yang disumbangkan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru