Jenayah menurun drastik

KUCHING: Kadar indeks jenayah dalam tempoh 1 Januari hingga 10 Mac lalu di Sarawak merekodkan 860 kes, sekali gus menunjukkan penurunan drastik berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, perbandingan tersebut telah menunjukkan penurunan 55 peratus dengan sebanyak 1,932 kes dicatat pada 2020.

Menurutnya, penurunan drastik itu disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini bermula Mac tahun lepas.

“Bagi 1 Januari hingga 10 Mac lalu, sebanyak 860 kes jenayah indeks dilaporkan berbanding 1,932 kes pada tempoh yang sama pada 2020.

Perbandingan ini menunjukkan penurunan sebanyak 1,072 kes bersamaan dengan 55 peratus. “Jenayah kekerasan mencatatkan penurunan sebanyak 122 kes bersamaan dengan 52 peratus iaitu 111 kes telah dilaporkan pada 1 Januari hingga 10 Mac lalu berbanding 233 kes pada tempoh yang sama pada 2020.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 16 Mac 2021

Suara Sarawak