Trending

Jenazah ADUN Jepak selamat disemadikan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Majlis penyemadian Allahyarham Talib berjalan lancar, walaupun dalam suasana hiba dan sayu.

KUCHING: Jenazah ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip selamat disemadikan jam 10.10 malam di Raudhatul Sakinah Kuching (RSK), Semariang, sebentar tadi.

Suasana suram dan sayu dalam kalangan keluarga dan sahabat menyelubungi sekitar kawasan RSK susulan pemergian seorang lagi tokoh yang banyak berbakti kepada rakyat.

Turut kelihatan menyampaikan tanda hormat terakhir kepada arwah, Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta isteri, Datuk Fatimah Mohamad Iskandar.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang hadir sekitar jam 8.40 malam serta barisan pemimpin lain turut hadir pada acara pengebumian tersebut.

Pada masa sama, ahli keluarga dan kenalan terdekat turut hadir bagi menghormati jenazah yang berada di kompleks tersebut sebelum dikebumikan di kawasan tanah perkuburan berhampiran.

Dalam pada itu, jenazah dibawa ke tanah perkuburan sekitar jam 9.50 malam untuk dibacakan talkin dan doa oleh Imam Besar Negeri Sarawak Datuk Mustpha Kamal Ahmad Fauzi, sebelum proses penyemadian disempurnakan sepenuhnya.

Sementara, bekas Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) itu disahkan meninggal dunia dua hari selepas ulang tahunnya yang ke-72 pada jam 5.50 petang di Pusat Pakar Perubatan Normah, di sini, pada Jumaat.

Arwah yang hadir sekitar jam 7 pagi ke hospital berkenaan telah dimasukkan ke unit rawatan intensif (ICU) sekitar jam 10 pagi sebelum disahkan meninggal dunia jam 5.50 petang.

Disahkan bahawa beliau menghidap beberapa kegagalan organ termasuk hati, buah pinggang dan lain-lain, selain mempunyai darah tinggi.

Allahyarham sebelum ini telah memegang jawatan sebagai ADUN Jepak selama lima penggal berturut-turut sejak kawasan DUN mula dipertandingkan pada tahun 1996 sehingga kini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru