ARTIKEL

PENGHORMATAN TERAKHIR... Keranda membawa jenazah Koperal Sathyaraj Jeevan tiba di LTAK, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Jenazah Koperal Sathyaraj Jeevan selamat tiba di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Jenazah anggota polis yang maut dipercayai dipukul dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Ketibaan jenazah Koperal Sathyaraj Jeevan, 34, disambut dengan tabik hormat dan istiadat ringkas oleh barisan pegawai kanan dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak sebagai tanda penghormatan terakhir bagi mengenang jasa mendiang sepanjang berkhidmat dalam PDRM.

Turut hadir ahli keluarga mendiang dan 50 pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, IPD Padawan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, diketuai Superintendan Sudirman Kram.

Jenazah Sathyaraj kemudian dibawa menggunakan van PDRM ke rumah isterinya di Kampung Sikog, Padawan, dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Kampung Sikog pada 26 Mac ini.

SEMOGA DICUCURI RAHMAT… Jenazah Koperal Sathyaraj Jeevan disembahyangkan sebaik tiba di rumah isterinya di Kampung Sikog, Padawan.

Mendiang, yang berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur, ditemukan maut kira-kira jam 3 pagi semalam, dipercayai akibat dipukul sekumpulan lelaki di Taman Impian Indah.

Mendiang meninggalkan isteri dan dua anak perempuan.

Baca lain  Galak pelaburan tenaga solar

Sementara itu, polis sudah menahan lima lelaki dan mengesan beberapa lagi suspek yang terbabit memukul mangsa sehingga maut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata suspek berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan semalam dan usaha mengesan beberapa individu lagi sedang dijalankan.

“Hasil bedah siasat yang selesai petang semalam mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan parah di kepala akibat hentakan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

BERITA LAIN

Tiada keperluan kanak-kanak miliki media sosial

KUCHING: Tiada keperluan bagi kanak-kanak untuk memiliki akaun media sosial, kata Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak. Yang Dipertua MAPIM Sarawak, Datuk Rozalix Edi

LPKP Sarawak kemas kini garis panduan

KUCHING: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak sedang menyemak dan mengemas kini dasar serta garis panduannya bagi membolehkan tindakan yang lebih tegas dikenakan terhadap pemegang

BERITA TERBARU

Tiada keperluan kanak-kanak miliki media sosial

KUCHING: Tiada keperluan bagi kanak-kanak untuk memiliki akaun media sosial, kata Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak. Yang Dipertua MAPIM Sarawak, Datuk Rozalix Edi

LPKP Sarawak kemas kini garis panduan

KUCHING: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak sedang menyemak dan mengemas kini dasar serta garis panduannya bagi membolehkan tindakan yang lebih tegas dikenakan terhadap pemegang