Trending

Jenazah mendiang Nesly tiba di Sarikei, akan dikebumi 18 Ogos ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Helikopter EC 725 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah selesai menyempurnakan penghantaran jenazah mendiang Laskar Udara Kanan (LUK) Nesly Nabau ke Sarikei pada jam 8.10 pagi tadi.

Mendiang Nesly yang berasal dari Sibu antara anggota TUDM yang terkorban dalam insiden tembakan di Balai Pengawal (Handau) Kompleks Skuadron 330 TUDM, pada Jumaat lalu.

Jenazah mendiang Nesly selamat tiba di kediaman isterinya, Jessica di Sarikei pada lebih kurang jam 9.30 pagi dan akan diberikan penghormatan terakhir oleh ahli keluarga sebelum disemadikan di Nirvana Memorial Park Sibu pada 18 Ogos nanti.

TUDM dalam kenyataan berkata, urusan pengebumian diuruskan oleh Pangkalan Udara (PU) Kuching dengan bantuan pihak hospital dan pengurusan mayat Nirvana Memorial Park Sibu.

“TUDM merakamkan penghargaan dan terima kasih atas bantuan dan kerjasama pelbagai pihak termasuk PDRM, Hospital Umum Sarawak, pengurusan Nirvana Memorial Park Sibu serta semua pihak yang membantu melancarkan segala urusan mendiang.

“Seluruh warga TUDM mengucapkan takziah kepada waris dan keluarga mendiang, semoga mereka diberikan ketabahan menghadapi ujian yang menimpa,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru