ARTIKEL

Jenazah pasangan warga emas dikuburkan satu lahad

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Jenazah pasangan warga emas yang mati dibunuh anak lelaki mereka Sabtu, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala, di sini semalam.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Agus Omar, 82 dan Allahyarham Darlisma Nyatu Salleh, 72 dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah di sini sebelum tiba di tanah perkuburan berkenaan pada jam 9.15 malam.

Seramai kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara dan jiran hadir ke pengebumian berkenaan yang selesai jam 9.40 malam.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, pasangan suami isteri berkenaan ditemukan terbaring berlumuran darah di ruang tamu mereka di Kampung Sungai Penchala, akibat ditikam berkali-kali oleh anak lelakinya yang berusia 42 tahun.

Lelaki itu yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik bagaimanapun berjaya ditahan kira-kira jam 10.30 malam yang sama di Terowong Penchala Lebuhraya Sprint menghala ke bandar raya ini.
Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan hasil saringan air kencing mendapati dia positif tiga jenis dadah selain mempunyai sembilan rekod jenayah lampau membabitkan dadah.

Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

LAIN-LAIN BERITA

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian

Lelaki perancis sesat di Taman Negara

BALIK PULAU: Seorang lelaki warga Perancis sesat lebih lapan jam ketika menjalankan aktiviti mendaki di Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang. Jurucakap Pusat Gerakan

AI bantu perkembangan bahasa kanak-kanak

Pendapat mengenai pelbagai isu semasa daripada peneraju pemikiran, kolumnis dan pengarang. Oleh: Dr. Norfaizal Jamain Teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) kini menjadi buah

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian