ARTIKEL

Pelancong melihat gunung tertinggi di Amerika Utara, Gunung Denali, di Taman Negara dan Rizab Denali, Alaska. - Foto: Becky Bohrer/AP

Jenazah pendaki rakyat Malaysia telah dibawa turun dari Gunung Denali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Jenazah pendaki, Zulkifli Yusuf, yang meninggal dunia semasa mendaki Gunung Denali di Alaska, telah dibawa turun dari lokasi kejadian pada 8.30 pagi 1 Jun (waktu tempatan).

Perkara itu dimaklumkan oleh Kelab Alpine Malaysia menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

“Kami mendapat makluman melalui Konsular Malaysia di Los Angeles dan pihak penyelamat bahawa jenazah Allahyarham Zulkifli Yusof, 37, yang meninggal dunia semasa mendaki Gunung Denali telah selamat dibawa turun dari lokasi kejadian pada 8.30 pagi, 1 Jun waktu tempatan.

“⁠Jenazah kini ditempatkan di sebuah hospital di Anchorage, Alaska, dan akan menjalani proses selanjutnya.

“⁠Pihak keluarga sedang berurusan dengan syarikat insurans, dibantu wakil Konsular Malaysia, untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia dalam masa terdekat,” menurut hantaran itu.

Selain itu, hantaran tersebut turut memaklumkan dua pendaki lain, iaitu Muhammad Illaham Ishak, 47, dan Zainudin Lot, 47, masih berada di hospital untuk rawatan akibat luka beku (frostbite).

Hantaran itu juga memaklumkan ⁠wakil kelab berkenaan, Norsafrina Shamsir Mohd Nasir, kini berada di Talkeetna, Alaska, bagi membantu urusan membawa pulang jenazah dan dua pendaki lain.

Sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai perhubungan kelab iaitu Ayob di talian 017-3372696. ⁠

“Untuk sementara ini, kami mohon agar pihak waris dan keluarga diberikan ruang privasi sebaiknya dan memohon agar rakyat Malaysia mendoakan agar semua urusan dipermudahkan,” menurut hantaran itu.

Kelab Alpine Malaysia semalam memaklumkan seorang daripada tiga pendaki rakyat Malaysia, yang terkandas pada ketinggian 19,700 kaki di Gunung Denali di Alaska, sejak Selasa lepas ketika membuat pendakian di gunung tertinggi di Amerika Utara itu, dilaporkan meninggal dunia.

Kelab tersebut memaklumkan Zulkifli meninggal dunia pada 6 pagi 29 Mei (waktu tempatan), semasa berlindung di gua salji yang dikenali sebagai Football Field. – BERNAMA

BERITA LAIN

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di