ARTIKEL

Keranda membawa jenazah Tun Taib diusung menuju ke van jenazah Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak sebaik tiba di balai ketibaan VIP, LTAK sebentar tadi. Ketibaan jenazah turut disambut dengan Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion ke 11 Rejimen Askar Melayu Diraja.

Jenazah Tun Taib selamat tiba di balai ketibaan VIP, LTAK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Istiadat penuh ketenteraan menyambut ketibaan jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di balai ketibaan VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sebentar tadi.

Jenazah Tun Taib yang diterbangkan menggunakan Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Charlie 130 Hercules dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang tiba kira-kira jam 4.30 petang, selepas diberi penghormatan terakhir oleh pemimpin-pemimpin negara di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Mengiringi jenazah Allahyarham ialah isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan keempat-empat anaknya, Jamilah Hamidah Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, Sulaiman Abdul Rahman Taib dan Hanifah Hajar Taib serta ahli-ahli keluarga yang lain.

Turut hadir menyambut ketibaan jenazah Tun Taib ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, timbalan-timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta kenamaan-kenamaan lain.

Jenazah Tun Taib seterusnya dibawa ke rumahnya di Demak Jaya, Jalan Bako.

Jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok untuk memberi peluang kepada rakyat jelata memberi penghormatan terakhir mulai jam 8 hingga 12 tengahari.

Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Demak untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan Istiadat Pengkebumian Negeri di perkuburan keluarganya di Demak Jaya.

Allahyarham Tun Taib menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.28 pagi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) pada usia 87 tahun.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU

PBB China sokongg Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,